Kepada Bakal Pengantin Perempuan, Ambil Tahu 5 PerkaraTentang Isteri Nusyuz.

Sebagai persediaan untuk menjadi bakal isteri dan bakal ibu kepada anak-anak kelak, malah seorang muslimin dalam menjalani sebagai orang Islam, anda perlu mengambil tahu tentang Isteri Nusyuz…

1. Tidak meminta izin pada suami.

Anda sebagai isteri perlulah meminta izin pada suami untuk kemana-mana sahaja sebaik keluar daripada rumah. Hanya perkara ini sahaja yang dibenarkan seperti bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya.

2. Tidak mahu berpindah dengan suami.

Seorang isteri wajib mengikut suaminya jika mempunyai tugas diluar daerdah dan terpaksa berpindah. Isteri hanya boleh tidak mengikut suami jika mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit yang berjangkit.



3. Tidak membuka pintu untuk suami.

Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau dalam bilik dengan tujuan untuk melarang suami masuk.

4. Tidak menyerahkan diri pada suami.

Berdosa besar jika seorang isteri menolak keinginan suami tanpa sebarang kesakitan atau period ketika itu.

Seperti hadis riwayat Al-Bukhari yang bermaksud:

Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”



5. Tidak mengendahkan panggilan suami.

Seorang isteri perlu tahu seorang suami adalah keutamaan untuk dirinya kelak. Sesibuk mana anda sekalipun untuk menguruskan rumah tangga, anda harus mengutamakan suami dari segala hal selagi tidak melanggar syarak Islam.

Pahala seorang isteri yang anda perlu rebut…

Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letihdan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akanmendapat pahala jihad.

Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atausuami yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala sepertimembebaskan 20 orang hamba.



Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantaiBaitullah.

Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka diaakan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya dengan cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintumana yang disukai.

Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awaldaripada suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen