Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Mula Melakukan Sesuatu Yang Buruk Dibelakang Anda.

Antara lelaki dengan wanita, kebiasaannya memang lelaki yang sering dipersalahkan apabila melakukan sesuatu perkara yang tidak diingini. Ini kerana bagi pandangan wanita, lelaki yang sepatutnya melindungi dan membimbing mereka tidak patut melakukan perkara-perkara buruk seperti berlaku curang dan menyimpan wanita lain hanya kerana mengikut hawa nafsu.

Jom ketahui tanda-tanda teman lelaki anda mula melakukan sesuatu yang buruk…



1. Sering mencipta 1001 alasan.

Apabila di ajak berjumpa, mulalah beribu alasan di cipta. Kerja bertimbun di pejabatlah, tidak sihatlah, teman ibu pergi hospital lah. Kadang-kadang alasan yang diberi berulang kali dan ketika itu satu per satu cerita dongeng di reka.

2. Mula buat perkara pelik.

Tiba-tiba yang tidak merokok mula merokok, alasannya tension dengan kerja. Dan tiba-tiba juga si dia lepak pada hujung minggu di luar kawasan, dengan alasannya mahu lepak dengan kawan-kawan. Kadang-kadang si dia tidak berminat lagi untuk buat aktiviti yang selalu kamu berdua lakukan seperti jogging bersama.



3. Mematikan telefon bimbit.

Yang ini memang akan jadi persoalan besar bila acap kali keluar bersama, dimatikan telefon bimbitnya. Alasan yang selalu dipakai, bateri habis. Bukan apa, dia risau kalau-kalau ‘madu’ kamu cari, habis kantoi kegiatan dia!

4. Panas baran.

Ada sahaja benda yang tiba-tiba jadi tidak kena di mata dia. Perkara kecil dibesar-besarkan, dan nak marah tidak tentu fasal.Padahal selama ini tidak pernah pun nak cepat melenting. Ketika ini, kamu jangan provok dia, layankan perangai dia,bercakap dengan nada suara yang lebut, tenang dan meyakinkan, buat dia rasa bersalah. Mungkin dia akan berterus terang waktu itu.



Jadi sebagai kaum lelaki yang bakal menjadi ketua dan imam keluarga jangan lah anda sering melakukan sesuatu perkara yang kaum wanita tidak suka kerana ia melambangkan seperti ahli keluarga anda juga tidak suka dengan sikap anda tersebut.

Jika hanya seorang lelaki yang melakukan perkara-perkara negatif dan tidak sedap mata memandang, habis semua lelaki akan dipersalahkan dan bakal menutup mata, hati dan perasaan wanita daripada mereka untuk mencintai kaum lelaki.

Bak kata pepatah Kerana Nila Setitik, Habis Rosak Susu Sebelanga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen