Situasi Yang Dilakukan Oleh Lelaki Yang Dianggap Seksi Pada Pandangan Wanita.

Apabila seorang lelaki mempunyai pandangannya sendiri ketika melihat wanita itu seksi atau tidak, wanita juga mempunyai rahsianya tersendiri dan merasakan situasi ini yang dilakukan oleh lelaki sangat mencairkan hati mereka, seperti…

1. Ketika memegang bayi.

Lelaki perlu tahu ketika dan saat seorang lelaki memegang bayi, ia kelihatan sangat seksi pada pandangan mata wanita. Ini kerana anda seperti mempunyai aura penyayang yang mampu menjaga anak kecil kelak. Perkara ini amat dipersetujui oleh majoriti wanita apabila ingin mencari bakal suami.

2. Kejutan manja.

Tiada wanita yang tidak menyukai kejutan. Walaupun mereka pernah mengatakan bahawa mereka tidak suka akan kejutan, tetapi percaya lah setiap kejutan oleh lelaki terutamanya si suami kepada isteri, pasti dianggap romantik dan seksi.



3. Ketika melakukan kerja dirumah.

Momen ini sudah terbukti antara aksi paling seksi di mata wanita. Menolong isteri di dapur, menyapu halaman rumah mahupun membancuh susu anak sudah cukup menyenangkan mata wanita. Apatah lagi apabila lelaki membantu melakukan pekerjaan rumah tanpa diminta.

4. Ketika bertentang mata.

Bagi wanita, saat lelaki memandang dan bertentang mata tanpaada rasa malu, segan atau kekok adalah antara momen seksiyang tidak boleh untuk dilepaskan. Bagi wanita perbuatan inisangat berani dan seksi. Walaupun sekejap, ia sudah cukupmenandakan kepercayaan dan harapan dalam perhubungan tersebut.



5. Menggulung lengan baju.

Semestinya tindakan ini antara momen seksi yang sering kali diperhatikan wanita. Tambahan pula di saat cuaca terik dan masih terdapat kesan peluh di lengannya, sudah cukup mencairkan hati wanita yang melihat.

6. Ketika membaiki sesuatu.

Lelaki akan nampak seksi dan kacak apabila sedang membaiki sesuatu. Yang pasti lelaki yang ringan tulang dan membantu tanpa minta untuk dibalas, walaupun hanya membaiki komputer mahupun menolong menukar tayar yang pancit.



7. Ketika memasak.

Kajian sudah membuktikan lelaki yang hebat di dapur amat seksi di mata wanita. Hanya memegang sudip sahaja mampu mencairkan hati wanita, wow yeke?

8. Memegang stereng kereta dengan sebelah tangan.

Situasi ini amat menarik perhatian wanita kerana ia dianggap cekap, yakin dan tidak gentar. Disamping memegang sterengdengan sebelah tangan sahaja, ia juga menonjolkan rahang lelaki yang sangat maskulin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen