Pemilihan Tempat Dating Akan Menggambarkan Keperibadian Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai tempat yang disukai, dan tempat itu juga lah yang akan dibawa pasangannya untuk dinikmati suasana bersamanya. Ternyata tempat pemilihan pasangan anda itu akan menunjukkan keperibadian dirinya. Siapa sangka bukan? Jika anda ingin tahu bagaimana pasangan anda, mudah sahaja. Jom ketahuinya.



1. Kafe.

Dia seorang yang mengikut trend terkini serta perkara yang sedang hangat. Kepercayaan dirinya sangat tinggi dan dia tahu apa yang dia inginkan dari sebuah hubungan. He knows what he wants and doesn't want to waste time finding it. Jika tempat ini adalah pilihannya untuk berdating dengan anda, itu bermakna dia mungkin akan membuka peluang kedua untuk berdating dengan yang lain.

2. Restoran mewah.

Boleh jadi mereka ini mempunyai selera yang tinggi, ataupun sedang berusaha membuat anda berasa kagum dengan mereka. Ia menginginkan anda untuk tampil cantik dan elegan. Tetapi jika ini bukan gaya anda, baik anda jujur sahaja kepadanya.



3. Kedai tepi jalan atau warung.

Mereka ini lebih santai dan cool. Bagi dirinya tempat dating yang menarik bukan berdasarkan tempatnya, tetapi lebih kepada pasangannya. Mereka ini lebih kepada yang mementingkan keperibadian daripada penampilan.

4. Rumahnya.

Mungkin dia sudah percaya untuk membawa anda ke rumahnya. Tempat yang membuat dirinya selesa selaras menunjukkan bahawa dirinya serius terhadap anda. Dia juga berusaha untuk memperkenalkan ibu bapanya kepada anda.

Selagi mereka ini membawa anda ke tempat yang biak-baik, selagi itu maksud mereka baik. Tetapi anda jangan risau, apabila pertemuan yang seterusnya mereka pasti akan membawa anda ke tempat yang lebih menarik.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen