Tak Sabar Nak Kahwin? Cara-Cara Untuk Membuat Perancangan Kerja Yang Teratur Sebelum Majlis.

Mengendalikan proses perkahwinan memang agak memenatkan, tetapi apabila dilakukan dengan ‘pasukan’ yang sama-sama mahu membuat majlis ini berjaya, pasti ia amat menyeronokkan. Setiap individu pasti mempunyai perancangan dan persiapan dalam jangka masa yang berbeza, berbulan-bulan atau pun mengambil masa 2 tahun.



Kebiasaannya bakal pengantin akan mengambil cuti yang panjang selepas pernikahan. Jadi, bagaimanakah untuk membuat perancangan yang teratur supaya tidak menganggu kerja sebelum majlis, malah ketika menjelang perkahwinan tidak pula diganggu oleh client atau rakan sekerja?

1. Utamakan kerja yang penting.

Apabila anda sudah tahu tarikh untuk menetapkan perkahwinan, anda perlu memberi keutamaan pada kerja-kerja yang penting dan memerlukan perhatian yang lebih. Kebiasaannya tarikh perkahwinan sudah dipilih enam bulan atau setahun lebih awal, kadang-kala ia mengikut tempat pernikahan dan persandingan.

Jadi, anda mempunyai masa untuk menyusun kerja anda daripada yang paling penting hingga yang memerlukan ‘touch up’ sahaja.



2. Teman kerja sebagai back up.

Maklumkan pada rakan sekerja tentang perkembangan kerja anda, client yang mahu berjumpa jika ada atau apa sahaja tugasan sepanjang anda bercuti. Libatkan mereka sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan sebelum anda bercuti, supaya tidak menyusahkan satu syarikat.

3. Persediaan awal.

Anda perlu mempunyai jadual dan tulis di dalam diari anda. Atau jika anda mempunyai adik-beradik, minta tolong pada mereka untuk tulis diari tersebut dan sebagai peringatan supaya tidak menganggu tumpuan di tempat kerja yang menyebabkan anda akan berasa tertekan.



4. Fikir sebelum bertindak.

Mengikut pekerjaan yang anda uruskan, jika anda lah pengurus atau ketua untuk sesuatu pekerjaan, jangan mengambil kerja tersebut jika ia bakal menganggu perkahwinan anda. YA, mungkin anda lah orang harapan di dalam syarikat, tetapi jika anda tidak bijak membahagikan masa dan meminta bantuan daripada rakan sekerja, anda bakal menjadi zombie pada hari perkahwinan anda.

5. Kerja tetap kerja.

Seperti point nombor 4 di atas, berfikir sebelum bertindak, situasi ini akan menyebabkan anda gemar mencampur aduk urusan peribadi seperti perkahwinan dengan pekerjaan. Anda bakal akan menggunakan kemudahan computer dan internet di pejabat hanya untuk mencari juru mekap, juru gambar dan sebagainya.

Perbuatan sebegini akan menyebabkan majikan anda memandang rendah pada anda dan mungkin hilang kepercayaan kerana anda tidak professional.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen