5 Cara Mudah Untuk Menguji Kesetiaan Pasangan Anda.

Setiap pasangan pasti akan cuba melakukan pelbagai cara untuk menguji kesetiaan pasangan masing-masing. Malah ada juga diantara mereka lakukan hingga berlakunya pergaduhan kerana menguji dengan terlalu ekstrem atau melampau.

Tidak perlu sehingga meninggalkan pasangan berhari-hari tanpa khabar berita yang akan menyebabkan hubungan semakin retak. Atau pun menyuruh rakan anda sendiri menjadi ‘skandal’ untuk membuat pasangan berasa cemburu. Jika tersalah caranya pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi.



Jadi jom ketahui cara mudah untuk menguji kesetiaan pasangan….

1. Menguji melalui telefon bimbit.

Uji sahaja mereka menggunakan nombor telefon bimbit yang berlainan. Jika anda menyamar dan berpura-pura untuk menegur mereka dengan kata-kata manis, adakah mereka akan terus menelefon atau hanya membalas mesej melayan teguran tersebut dengan kata-kata manis? Jika si dia terus menelefon pasti si dia berhati-hati dan mahu mengetahui identiti samaran tersebut.

Jika si dia melayan teguran tersebut dengan sehingga berlarutan tanpa mahu mengenal identity, si dia pasti berasa bosan dan mahukan perhatian. Hati-hati!



2. Menguji dengan aplikasi di dalam telefon bimbit.

Jika si dia terlalu banyak akaun aplikasi yang baru di telefon bimbit selain whatsapp dan facebook seperti wechat, beetalk, telegram, snapchat, tinder dan aplikasi yang anda rasakan sangat tidak munasabah, anda patut rasa ragu-ragu terhadap mereka.  

3. Menguji melalui rakan sendiri.

Jika sudah lama berkenalan pasti anda tidak kisah jika keluar berjumpa dengan rakan atau sahabat pasangan anda sendiri bukan? Malah anda merasakan sahabat anda, sahabat si dia juga. Tetapi hati-hati jika sahabat sendiri sering sahaja keluar bertemu dengan pasangan berdua-duaan. Malah tiba-tiba terdapat rahsia pula antara mereka berdua. Masakan sahabat baik sendiri yang sudah lama berkenalan mahu berahsia dengan anda?



4. Menguji pada tempat yang umum.

Ya memang lumrah mata lelaki akan memandang wanita yang lebih cantik, manakala wanita akan melirik mata pada lelaki yang lebih sado dan bergaya. Gerakan yang hanya spontan dan sementara pasti tidak menimbulkan syak wasangka. Tetapi jika anda tiada disisi hanya sekelip mata si dia mampu menjeling-jeling pada orang lain dan tersenyum simpul dan muka rona kemerahan, apakah maksudnya?

5. Menguji dengan kesabaran.

Adakah pasangan mudah berasa tertekan jika anda lewat sedikit ketika bertemu janji? Anda cuba membuat lawak pun si dia masih bermasam muka dan tidak ceria? Tidak kisah mahu menguji pasangan untuk sengaja datang lewat ketika bertemu janji, tetapi jangan terlalu kerap lakukan kerana jika pasangan bosan, pasti si dia akan cuba mencari yang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen