Ciri-Ciri Wanita Yang Tabah. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini?

Kekuatan wanita terserlah apabila mereka tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan yang datang. Jika semakin tabah lah wanita menghadapi segala masalah, pasti mereka berjaya memanfaatkan ujian Allah SWT padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada wanita yang tabah…



1. Sentiasa mengukirkan senyuman walaupun dalam keadaan tertekan.

Wanita ini yang sentiasa mengukirkan senyuman seperti tiada masalah yang melanda dirinya. Jadi orang sekeliling pasti tidak tahu dan tidak sedar bahawa wanita ini sedang menghadapi masalah yang besar. Wanita ini juga tidak mahu melempiaskan tekanannya pada orang lain.

2. Mampu tertawa walaupun terluka.

Ketika hatinya sedang terluka dan menangis, jasadnya masih kuat untuk bertemu ramai orang dan bergembira. Ini kerana mereka tidak mahu orang disekeliling mempunyai perasaan simpati terhadap dirinya dan menawarkan pertolongan. Malah dia merasakan dia mampu berdiri sendiri.



3. Tabah saat dihina.

Ketika dirinya mahu berubah untuk menjadi lebih baik daripada hidupnya yang sebelum ini, pasti ramai yang mengherdik dan menghina. Sudah pasti besar ujian yang Allah SWT berikan.  Tetapi dia masih tabah untuk mengharungi hari-hari yang seterusnya. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

4. Sentiasa memaafkan.

Wanita ini seperti mudah memaafkan pada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah. Padahal kita sendiri amat sukar untuk memaafkan orang lain.



5. Tidak mengharapkan balasan.

Wanita ini mencurahkan kasih sayangnya terhadap orang yang dia sayangi dan cintai tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana memang datang dari ketulusan hatinya. Kasih sayang yang mampu wanita ini tahan dengan segala tohmahan dan ujian dari Allah SWT terutamanya daripada seorang isteri dan ibu solehah.

6. Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.

Wanita ini hanya mengharap pada Allah SWT dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita ini juga tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen