Tips Perkahwinan: Bersiap Sedia Antara Contoh Soalan Yang Bakal Ditanya Pada Akad Nikah.

Pada bakal pengantin yang tidak lama lagi ingin membina sebuah masjid perlu tahu dan bersedia tentang soalan-soalan yang mungkin akan ditanya oleh tok kadi. Jadi, tidaklah anda akan berasa gementar untuk menghadapi akad nikah kelak.



Antara soalan-soalan yang akan bakal ditanya...

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

"Asyhadu alla illaha illallah wa asyhadu anna muhammadarrasullullah"

“Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.”

Ia adalah rukun pertama dalam rukun Islam. Setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu.

2. Istighfar.

"Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi"

Kenapa anda perlu sentiasa beristighfar? Kerana kita hamba Allah SWT yang tidak pernah lari dari membuat dosa dan kesilapan. Maka perbanyakkan beristighfar untuk melembutkan hati dan minta diampunkan dosa-dosa.



3. Surah Al-Fatihah.

Surah ini merupakan rukun dalam solat. Jika anda tidak tahu atau tidak lancar membaca surah al-Fatihah, bagaimana solat anda boleh menjadi sah? Maka lancarkan bacaan surah al-Fatihah serta betulkan tajwid. Niat bukan hanya untuk lepas soalan akad nikah sahaja, namun niatkan kerana Allah dan sentiasa memperbaiki diri.

4. Rukun Iman.

Beriman kepada Allah S.W.T…

Beriman kepada Malaikat…

Beriman kepada kitab-kitab suci…

Beriman kepada para Rasul…

Beriman kepada hari akhirat…

Beriman kepada Qada’ dan Qadar…



5. Rukun Islam.

Mengucapkan dua kalimah syahadah…

Mendirikan solat fardhu 5 waktu…

Berpuasa di bulan Ramadhan…

Menunaikan zakat…

Menunaikan haji bagi yang mampu…



6. Doa Qunut.

Doa qunut dibaca di dalam raka’at kedua solat Subuh.

7. Hadas Besar

Bakal pengantin perlu tahu perihal hadas besar. Perkara-perkara yang boleh menyebabkan hadas besar, larangan ketika berhadas besar dan cara bersuci (mandi hadas).

Namun sedemikian, soalan-soalan akad nikah bergantung kepada kehendak tok kadi tersebut dan tiada dalam syarat rukun nikah. Walaubagaimanapun ini merupakan perkara yang wajib diketahui oleh umat Islam.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen