Perkara Yang Lelaki Kerap Fikirkan Apabila Mereka Sedang Jatuh Cinta.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, anda sudah pasti tidak tahu apa yang seorang lelaki fikirkan apabila mereka ini mula jatuh cinta terhadap anda. Anda mungkin mempunyai rupa paras yang menarik dan mempersonakan tetapi mereka tidak memikirkan perkara itu. Ada perkara lain yang bermain difikiran mereka. Berikut adalah perkara yang mereka akan fikirkan.




1. Bagaimana untuk memikat hati anda.

Mungkin anda sudah cukup mencintai dirinya, namun baginya ia masih belum cukup. Maka mereka akan mula mencari jalan untuk memikat hati anda dengan lebih lagi. Bukan itu sahaja, mereka juga akan memastikan hanya dia di hati anda.

2. Berharap hubungan anda dengannya lebih mesra.

Bagi ada hubungan anda biasa-biasa sahaja, tiada masalah. Tetapi bagi dirinya anda kurang mesra dengannya mungkin kerana perubahan emosi anda. Maka mereka akan cari jalan untuk lebih mesra dengan anda.

3. Rasa teruja dengan hubungan anda.

Mereka akan mula naik gairah terhadap hubungan kalian. Mereka mula mencari sesuatu yang membuat anda dengannya sama-sama menggila. Bukan itu sahaja, mereka akan mula melakukan sesuatu yang tidak pernah anda bayangkan.


4. Bagaimana untuk memberitahu dunia anda adalah miliknya.

Tidak semua lelaki mampu lakukan ini, tapi apabila mereka benar-benar jatuh cinta dengan anda, mereka akan mula ingin mendedahkan bahawa anda sedang menjalinkan hubungan dengannya. Dan berharap tiada yang akan mengganggu anda.

Apabila lelaki mula jatuh cinta dengan anda, segala perbuatan mereka ini sukar diramal. Bukan itu sahaja, mereka akan mula melakukan pelbagai cara untuk memastikan anda milik mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen