5 Perkara Yang Melalaikan Wanita Zaman Sekarang. Ubah Diri Jika Ingin Bertemu Jodoh.

Antara perkara-perkara yang melalaikan wanita zaman sekarang, bahkan pada sesiapa sahaja adalah seperti berikut…

1. Terlalu resah dan gelisah.

Bukankah masih ramai manusia yang miskin, lapar dan sakit? Mengapa kesihatan dan kecantikan anda kini belum cukup untuk anda bersyukur dan reda kepada takdir Allah? Janganlah selalu mengeluh kerana tidak cukup duit untuk make-over penampilan anda kerana sesungguhnya tangisan Muslimah di Iraq yang kelaparan dan kehilangan suami lebih berat siksanya ditanggung badan.



2. Terlalu meratap kesedihan dan kederitaan.

Hapuskan keduanya dengan istighfar. Anda masih ada tempat bergantung, mengadu dan memohon pertolongan yang abadi. Di sisi Allah segala kesulitan itu pasti ada penghujungnya. Dalam kesusahan ada kemudahan.

Optimis dan berani menghadapi kenyataan adalah ubat bagi hati yang kesedihan. Kerana sesungguhnya masih ramai orang lain di sekeliling anda yang lebih berat lagi ujiannya dibandingkan dengan anda.



3. Terlalu malas.

Penyakit bagi diri yang sama bahayanya adalah malas. Duduk di depan kaca televisyen atau mendengar radio, muzik dan segala jenis hiburan selama berjam-jam boleh melalaikan anda. Terlalu banyak makan melemahkan badan, manakala banyak bergosip merosakkan hati dan pemikiran.

Isilah masa anda dengan sesuatu yang bermanfaat. Aktifkan diri dengan sukan, ilmu dan ibadat. Berjanjilah pada diri anda setiap saat untuk satu zikir, setiap minit untuk satu idea dan setiap jam untuk satu tindakan.



4. Terlalu kedekut dan pengecut.

Rezeki yang Allah beri bukan hak milik peribadi. Padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. Jasa orang tua wajib dibalas dengan menolong bukan hanya dari segi kewangan saja, perhatian dan penjagaan ke atas mereka adalah tanggungjawab anda.

Untuk wanita yang solehah anda harus yakin bahawa keredaan Allah bergantung dengan keredaan kedua orang tua dan kemarahan Allah juga bergantung kepada mereka. Sifat pengecut adalah sifat tidak mahu bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

Untuk menjadi isteri, anda harus redha menjadi pemegang amanah suami. Kerjaya, rumahtangga dan anak-anak adalah urusan besar yang akan menentukan, selamatkah anda pada hari perhitungan nanti.



5. Terlalu banyak hutang.

Nafsu apabila dituruti segala kemahuannya tidak akan pernah puas. Selagi mulut manusia belum makan sekepal tanah (mati), ia tidak berhenti memuaskan nafsunya. Rumah, kereta, perhiasan, bercuti, shopping, semuanya dengan kad kredit.

Bahkan menggunakan pinjaman! Akhirnya kepuasan yang sementara itu bertukar menjadi bencana. Akibat kurang bijak menguruskan kewangan keluarga akhirnya hidup anda jadi tidak tenteram.

Berkemungkinan dengan perilaku begini lah Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup diatas muka bumi dan berubah malah bertaubat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen