Lelaki Romantik Lebih Cenderung Untuk Berlaku Curang, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sifat lelaki yang romantik ini sememangnya disukai dan disenangi ramai wanita. Mana tidaknya, lelaki yang romantik ini juga ada dalam senarai lelaki pilihan setiap wanita. Namun begitu, terdapat juga wanita berpendapat bahawa lelaki yang romantik ini sebenarnya lebih mudah berlaku curang terhadap pasangannya. Berikut adalah beberapa sebab lelaki romantik ini lebih mudah untuk berlaku curang. Mari ketahuinya.

1. Lebih cepat mesra.

Lelaki romantik ini biasanya lebih mudah mesra dengan wanita disekeliling mereka. Mana tidaknya, mereka ini seolah-olah mahu menunjukkan bahawa dirinya begitu baik sekali dengan wanita. Dan sudah pasti akan melayani setiap wanita dengan baik.

2. Wanita lebih mudah mendampingi.

Apabila mereka ini berkelakuan romantik dengan semua wanita, maka wanita lebih mudah untuk mendekati mereka. Apabila sudah mendekati, pasti lelaki terbabit akan melayani mereka dengan baik dan tiada penolakan. Maka berlakulah hubungan dari orang ketiga.

3. Bermulut manis.

Wanita biasanya lebih terperdaya dengan lelaki yang bermulut manis ini. Jadi, lelaki romantik ini biasanya memiliki mulut yang manis, sudah tentu mereka akan memperdaya ramai wanita.



4. Suka menunjuk perbuatan mereka.

Ini adalah sikap lelaki romantik, segala perbuatan mereka terhadap pasangan mereka pasti mereka mahu tunjukkan kepada orang ramai. Hanya kerana perbuatan mereka yang romantik itu, membuat ramai wanita akan mengejar mereka.

Tidak semua lelaki yang romantik ini setia, ada sahaja yang tidak setia dengan pasangan masing-masing. Semuanya bergantung kepada siapa yang anda jumpa, dan bagaimana anda pula.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen