Pernahkah Anda Terfikir, Anda Yang Menjadi Punca Segala Pergaduhan Bersama Pasangan?

Anda dan pasangan sering sahaja bergaduh. Malah anda merasakan pasangan yang bermasalah kerana setiap perkara kecil dan remeh pasti sahaja tercertus menjadi pergaduhan. Berkemungkinan anda yang menjadi punca segala masalah di dalam hubungan tersebut, antara salah satu punca daripada anda adalah…



1. Tidak mudah mengalah.

Ego, keras kepala dan tidak mahu mengalah adalah penyebab utama pertengkaran. Oleh sebab itu, seboleh mungkin semasa anda dalam perhubungan cinta dengan si dia, tanamkanlah dalam diri anda sikap mengalah. Ingatlah, anda dan dia sedang dalam proses perkenalan dan memerlukan penyesuaian dan hal tersebut memerlukan waktu yang cukup lama.

2. Terlalu memperbesarkan masalah.

Terlalu berlebihan dalam menangani persoalan yang sudah dapat dipastikan akan membuat segala sesuatunya menjadi rumit. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin membuat pasangan bersalah dan mengakui kesalahannya, anda akan seboleh-boleh tidak mahu meminta maaf dan mungkin dia boleh meninggalkan anda kerana bosan dengan sikap anda.



3. Terlalu clingy dan cemburu.

Telah diperakui, pasangan yang bercinta masing-masing tidak lari dari perasaan yang terlalu clingy antara satu sama lain. Malah apabila terlalu clingy, pasti mudah timbul perasaan cemburu. Namun, jika anda ingin hubungan berkekalan, kedua hal ini haruslah anda buang jauh-jauh. Tanamkan sikap percaya pada pasangan anda biarpun sukar. Jika anda terlalu clingy, takut pula si dia tidak selesa dan menyebabkan kamu berdua salah faham dan bertengkar.

Mengesyaki setiap masa dan menuduh yang bukan-bukan adalah selalunya dibuat oleh pasangan yang pernah curang pada kekasihnya sendiri. Jadi, berhentilah berfikir macam-macam mengenai si dia.

4. Kurangnya berjumpa.

Kadang-kala apabila terlalu terikat dengan alat telekomunikasi, ia pasti telah menjadi kebiasaan pada pasangan yang bercinta. Apabila menjadi kebiasaan, perkara ini menjadi terlalu kekok berjumpa. Kenapa romantik ketika whatsapp, voice chat, skype, video call tetapi tidak sama apabila bersua muka? Perkara ini sering menimbulkan pergaduhan.



5. Terlalu sibuk bekerja.

Menjadi kekasih yang memikirkan masa depan adalah baik. Tetapi jika kerana hal ini, anda tidak punya masa berjumpa, jangan salahkan kekasih anda jika dia akan memarahi anda. Cubalah susun semula jadual kerja anda dan si dia. Usahakan mempunyai masa lapang, sekurang-kurangnya di hujung minggu untuk bertemu.

Jangan terlalu meletakkan segala kesalahan ke atas kekasih sahaja, anda juga perlu fikir tentang kesalahan anda sendiri.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen