Wanita Lebih Mudah Patah Hati Berbanding Lelaki, Betul Ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati yang patah pasti akan lebih kerap bersedih dan menangis. Sekurang-kurangnya wanita tahu bagaimana untuk menanganinya, sedangkan lelaki pasti malu untuk mengalirkan air mata. Patah hati bukanlah sesuatu yang baik, ia mungkin membuat seseorang itu hilang pertimbangan hidup. Namun begitu, mengapa seorang wanita lebih mudah patah hati berbanding lelaki? Adakah lelaki sememangnya kuat seperti fizikalnya atau wanita yang terlalu lembut dengan pasangannya. Mari ketahuinya.



1. Rela berkorban.

Pengorbanan adalah perkara yang semulajadi dalam hubungan. Jenis pengorbanan yang dibuat juga berbeza-beza. Biasanya ini berlaku kerana pengorbanan hanya dilakukan oleh pihak sahaja, sementara pihak lain kurang dapat menghargai. Jadi boleh dikatakan pengorbanan dalam hubungan adalah sesuatu yang harus dilakukan oleh kedua belah pihak.

2. Terlalu sukar untuk terbuka.

Wanita selalu sukar untuk berkongsi akan kelemahan hubungan mereka. Mereka selalunya tidak berani menceritakan hal mereka. Salah satu sebab yang paling umum ialah privasi. Biasanya mereka cenderung tertutup dan menganggap bahawa hubungan adalah sesuatu yang privasi.

3. Mengejar satu yang tidak pasti.

Sikap mengejar mesti selalu hadir dalam hubungan. Sikap ini sering kali membuat seseorang itu tersepit. Apabila terpaksa membuat keputusan pasti salah seorang akan terluka. Sebab ini juga wanita lebih mudah patah hati.


4. Lebih suka mencuba.

Wanita akan mencuba terlebih dahulu untuk mencerminkan masalah yang berlaku dan cenderung lebih lama untuk dapat memberitahu apa yang berlaku. Selain itu, wanita itu bukan jenis yang boleh berfikir dengan jelas ketika menghadapi masalah. Jadi mereka akan terus mencuba selagi mereka rasa mampu tapi akhirnya terluka.

Ramai wanita yang mengamalkan sikap ini. Sebab itu mereka ini lebih mudah patah hati berbanding lelaki.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen