Untuk Memiliki Bakal Isteri Yang Baik, Anda Juga Perlu Belajar Menjadi Bakal Suami Yang Tidak Derhaka.

Allah SWT telah berfirman di dalam surah An-Nisa’ ayat 34:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…”

Rasulullah SAW juga pernah bersabda “Yang terbaik dari kalian adalah yang terbaik akhlaknya atau perlakuannya terhadap isterinya.” (HR. Tirmidzi)

Kita selalu didedahkan bagaimana derhakanya seorang isteri terhadap suami, tetapi jarang pula mendengar kisah seorang suami yang derhaka kepada isteri. Dengan zaman yang telah berubah, sudah tentu pelbagai isu telah disuarakan tetapi tidak pula menjadi keutamaan.

Keutamaan zaman sekarang adalah untuk mempunyai hubungan perkahwinan yang bahagia di antara suami dan isteri. Kebahagiaan yang berasaskan ilmu keagamaan supaya mempunyai bakal zuriat yang soleh dan solehah.

Jom ketahui antara ciri-ciri suami yang derhaka…

1. Lalai menjalankan tanggung jawab yang wajib.

Seperti suka mengungkit duit perbelanjaan yang telah diberikan, menganggap tidak perlu memberi isteri nafkah kerana isteri mempunyai pendapat sendiri malah sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

2. Menyuruh isteri melakukan tanggung jawab suami.

Mereka yang tidak menjalankan tanggung jawab sebagai suami, bahkan menyuruh isteri mereka pula yang melaksanakan tanggung jawab tersebut seperti mencari nafkah. Malah goyang kaki dirumah dan malas menguruskan hal rumah tangga sebagai pemimpin.

3. Memberikan tempat tinggal yang tidak selesa setelah bercerai.

Allah SWT telah berfirman:

“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)….” (At-Talaaq: 6)

4. Tidak melunaskan mas kahwin (mahar).

Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana lelaki yang menikahi seorang perempuan dengan mahar sedikit atau banyak,tetapi dalam hatinya bermaksud tidak akan menunaikan apa yang menjadi hak perempuan itu,bermaksud ia telah memungkiri janji. Bila ia mati sebelum menunaikan hak perempuan itu,kelak pada hari kiamat ia akan bertemu dengan Allah sebagai orang yang fasiq…” (HR.Thabarani)

5. Mengambil kembali mas kahwin yang telah diberikan kepada isteri.

Seorang suami akan menjadi derhaka apabila mengambil kembali mahar yang telah diberikan kepada isteri tanpa keredhaan daripada isterinya. Ini kerana Islam memandang mahar dengan tujuan untuk menghormati kedudukan isteri di dalam perkahwinan.

Selain daripada itu, seorang suami akan menjadi derhaka jika melakukan hubungan intim ketika istero dalam keadaan haid atau melalui dubur, menuduh isteri berzina tanpa adanya bukti yang kukuh, menganiaya martabat isteri dan mengajak siteri untuk berbuat dosa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen