Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Dilemma Memilih Antara Dua Calon?

Di dalam kehidupan, terlalu banyak perkara yang tidak dapat dijangka dan diduga. Di saat anda mencintai seseorang, hadir pula seorang lagi untuk menduga bahawa anda hanya menyayangi si dia kerana terhutang budi atau simpati.

Apabila berlakunya situasi begini, ketika ini lah anda perlu meneliti kriteria dua pilihan hati anda ini. Mungkin anda akan merasakan, si dia mempunyai paras rupa dan kerjaya, tetapi sikap yang masih boleh diubah, namun seorang lagi seakan sempurna sifatnya dan penyayang, tidak pula mempunyai kerjaya tetap.



Jadi, mintalah bantuan daripada Ilahi…

1. Solat Istikharah.

Anda perlu berkomunikasi dengan Allah SWT melalui solat istikharah dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.

Kerana solat adalah tiang agama, sebagai muslim anda haruslah tidak meninggalkan solat fardhu terlebih dahulu dan perbanyakkan solat sunat yang lain. Berdoalah supaya ditunjukkan jalan dan mintalah pada Dia supaya tiada hati yang terluka. Manalah tahu, si dia yang tidak terpilih akan berasa dendam. Jadi elakkanlah semua itu terjadi. Biarlah masing-masing terbuka hatinya.



2. Belajar menerima.

Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.

Pada hari ini, mungkin memilih si dia yang mempunyai kedudukan kewangan lebih baik menjadi keutamaan. Pun begitu, janganlah sampai anda jadi orang yang mata duitan. Ya, memang wang itu penting. Sekali lagi ditegaskan, calon jodoh perlulah saling melengkapi. Pilihlah yang agamanya kuat, tahu tanggungjawab dan menyenangkan hati anda dari segi sikapnya. Di samping itu, perasaan cinta juga penting supaya anda ada rasa kasih kepadanya.



3. Belajar menerima nasihat.

Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda.

Nasihat daripada orang tua dan sahabat baik boleh dijadikan panduan. Mereka boleh nampak orang yang sesuai untuk anda. Ada kala mata kita dikaburi dengan perasaan cinta. Jadi, pandangan orang lain boleh menjadikan pilihan kita lebih bersifat realistik.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen