Teman Lelaki Kaki Pukul? Perlukah Bertahan Demi Cinta?

Oleh: Zuzu Yasmine

Rata-rata wanita menafikan segala keburukan pasangan demi perasaan cinta yang semakin hari semakin menebal. Namun ada kalanya tidak semua perkara perlu diselindungkan terutama apabila melibatkan keganasan. Ketahui jenis-jenis lelaki kaki pukul dan mengapa anda tidak wajar meneruskan hubungan dengannya.



1. Suka hempas barang bila marah.

Hempas-hempas barang ditangan adalah permulaan si dia menunjukkan sikap barannya dan tidak mustahil barang tersebut akan hinggap di muka anda andai barannya tidak terkawal lagi. Wanita yang sering menyaksikan teman lelaki berkelakuan sedemikian pastinya berasa terkilan dan takut untuk mendekatinya buat seketika.

2. Tangannya ringan ke muka anda.

Apabila sudah sampai tahap menampar anak dara orang sewenang-wenangnya sebelum kahwin ini sudah menunjukkan dia tidak layak untuk anda. Lebih-lebih lagi apabila puncanya tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan amarahnya. Sebagai pasangan, anda pastinya sudah dapat melihat dirinya dalam jangka masa hadapan selepas kalian berkahwin kelak.

3. Memukul.

Jangan terkejut jika mendengar kes-kes teman lelaki memukul teman wanita gara-gara cemburu buta. Ada kala lelaki yang jenis panas baran tidak akan mendengar penjelasan daripada pasangan dan terus bertindak kasar seperti memukul pasangan apabila mendapat tahu dirinya dicurangi atau seumpama dengannya.

Namun, tidak hairan juga apabila masih ada wanita yang sanggup meneruskan hubungan mereka walaupun telah diperlakukan sedemikian rupa gara-gara cinta dan sayang. Ada juga yang memilih untuk berpisah namun setelah dipujuk rayu dan teman lelaki berjanji tidak akan mengulangi, hati si wanita lembut semula.

Sebagai wanita, anda mempunyai hak untuk membuat keputusan dan pilihan sekiranya perkara ini terjadi kepada anda. Fikirkan sesuatu untuk jangka masa panjang, bagaimana sikapnya apabila berkahwin nanti, adakah sama seperti ini, apakah anak-anak juga bakal menjadi mangsa, atau yakinkah anda si dia akan berubah dan sebagainya. Jangan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen