Kenapa Lelaki Hanya Romantik Sebelum Berkahwin, Tetapi Berubah Setelah Berkahwin?

Majoriti kaum wanita akan mengatakan lelaki hanya romantik sebelum berkahwin sahaja, sejak dari awal perkenalan sehingga lah awal pernikahan dimana ia adalah fasa bulan madu. Ada juga hanya romantik benar-benar sebelum berkahwin tetapi setelah berkahwin, seperti lelaki yang anda tidak kenali.

Mengapa?

Secara lahiriah itu lah sifat lelaki yang sebenar, walaupun sebenarnya dalam hati mereka ada taman disebalik wajah dan perbuatan yang macho. Jika anda bertanyakan soalan ini kepada suami anda pasti jawapannya adalah “Biasa lah tu, masa nak mengorat kena lah usaha lebih, nanti terlepas kat tangan orang lain”.

Perkara sebegini pasti akan membangkitkan pergaduhan, kerana wanita tidak dapat menerima hakikat bahawa sifat semula jadi lelaki yang sebegini.



Bagi mereka suami mereka perlulah sentiasa romantik untuk mengambil hati mereka….

Bagi mereka hanya dengan adegan romantik sahaja yang membuat mereka merasakan bahawa suaminya memahami mereka….

Itu adalah perasaan sebenar wanita setelah berkahwin.

Namun sedemikian, lelaki sebenarnya bukan lah seperti wanita boleh memikirkan banyak hal penting dalam satu masa yang sama. Lelaki tidak boleh membuat kerja sambil bergossip dengan rakan sekerja, malah mulut mengunyah makanan.

Kadang-kala lelaki tidak boleh memandu sambil bersifat romantik dengan isteri mereka, dan makan bersama di dalam kereta. Jika ia dilakukan sebelum berkahwin, ketahuilah anda bahawa lelaki sedang betul-betul berusaha keras untuk mendapatkan dan memiliki wanita tersebut.



OLEH KERANA ITU, SIFAT SEMULAJADI LELAKI YANG SEBENARNYA MEREKA HANYA FOKUS SATU PERKARA PENTING DALAM SATU MASA SAHAJA.

Jika ketika itu lelaki dalam usaha untuk mendapatkan dan mahu memiliki wanita yang mereka cintai, pasti itu sahaja yang mereka lakukan.

Mereka akan berusaha untuk memikat…

Mereka akan berusaha bersifat romantik…

Mereka akan berusaha mengumpul duit…



SETELAH BERKAHWIN, APABILA LELAKI SUDAH MEMILIKI WANITA YANG MEREKA CINTAI, FOKUS MEREKA ADALAH UNTUK MENGEKALKAN DAN MELANJUTKAN HUBUNGAN UNTUK JANGKA MASA YANG LAMA.

Mencari rezeki…

Mengukuhkan kewangan…

Mengukuhkan keutamaannya seperti mempertahankan keluarga…



Ini kerana lelaki lebih rasional daripada seorang wanita. Cara mereka memahami wanita setelah berkahwin adalah dengan menjaga maruah isterinya. Itu adalah perasaan sebenar seorang lelaki setelah berkahwin.

Seperti yang wanita tahu, lelaki mudah lupa dengan tarikh-tarikh penting. Begitu juga hal romantik ini, mereka terlalu bekerja keras untuk mengukuhkan keluarganya sehingga terlupa untuk bersikap romantik dengan isterinya kerana fokus pada satu perkara sahaja. JADI WANITA, DENGAN CARA MUDAH, INGATKAN SAHAJA APA MEREKA TERLUPA.

Jadi, sudah bersedia untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk menerima hakikat sifat semulajadi lelaki ini. Jangan terlalu kuat mengeluh. Tidak ramai diantara lelaki yang mampu mengekalkan sifat romantik ini walaupun selepas berkahwin. Jika ada, anda pasti wanita bertuah!



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen