‘Lihat 7 Perkara Ini Dahulu Sebelum Jadikan Dia Calon Suami’ - Kongsi Lelaki Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang lelaki akan mempunyai tanggungjawab besar apabila mereka ini memilih untuk berumahtangga. Mereka ini akan bertanggungjawab terhadap keluarga mereka sendiri serta ibu bapa mereka. Maka dengan itu, seseorang yang mampu menguruskan kewangan yang baik adalah penting untuk dijadikan calon suami anda. Berikutan perkongsian saudara Amri Syahir, berpendapat bahawa terdapat tujuh perkara yang wanita perlu lihat sebelum memilih calon suami.



Jangan Lepaskan Lelaki Yang Ada 7 Perkara Ini
**************************************************
Edisi: Pengurusan Kewangan

Untuk mencari calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan sangat penting di era yang serba serbi mencabar ini.

Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan megi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.

Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, korang jangan lepaskan lelaki yang ada 7 ciri di bawah. Antaranya,

***

1. Tidak Terlalu Agungkan Kereta.

Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Si dia tak suka bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.

2. Tidak Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama.

Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.

3. Tidak Merokok.

Kalau kesihatan dia pun dia jaga, hati awak apatah lagi. Cewahhh. Mesti dia jaga baik punya. Daripada duk bakar duit je, baik dia menyimpan duit untuk masa depan korang kan.

4. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih.

Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.

5. Tidak Suka Lepak Kedai Hipster.

Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.


6. Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan Dan Hartanah.

Dia banyak membaca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukan duk baca buku tentang kereta mahal dan motosikal besar je manjang. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.

7. Ada Pelaburan Terjamin.

Dia mempunyai pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada rumah sendiri tu kira bonus dah. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan
Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak ada niat nak buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti.

***

Kau kaum lelaki ada ciri ni tak?. Kalau ada baguslah. Boleh ubah ke arah kebaikan.

Korang tengok timeline FB nya. Kalau selalu buat status maki, marah-marah orang tak tentu pasal bahaya sangat tu.

Jika selalu duk up gambar tentang kereta idaman. Kereta honda Civic misalnya. Memang dia jenis gilakan kereta. Mesti akan bercinta dengan hutang kereta nanti.

Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.

Memilih calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang dia bersepah, kau pulak kena tanggung.

Kisah silam dia berhutang sana sini nanti kau juga jadi mangsa. Kau pulak kena buat pembiayaan peribadi untuk langsaikan hutang dia. Kah!

Jadi buat wanita diluar sana, jangan hanya memandang rupa paras sahaja. Kesenangan hidup anda apabila bersama dengannya juga penting. Buat lelaki pula, walaupun rupa tak handsome tapi poket tebal pasti mampu pikat wanita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen