Jual Mahal Untuk Elak Maksiat, Bukan Berlagak Sombong.

Sering kita mendengar persepsi masyarakat melayu yang menyuruh anak perempuan mereka untuk menjual mahal ketika dilamar oleh seorang lelaki kerana ingin melihat usaha lelaki tersebut. Definisi Jual Mahal juga telah disalah ertikan oleh masyarakat kini dengan jangan terhegeh-hegeh pada kaum lelaki, jika ada yang mahu mengenali.

Sekiranya hadir seorang lelaki untuk berkenalan dengan seorang wanita, tidaklah wanita itu yang terhegeh-hegeh pada lelaki, kerana lelaki tersebut yang memulakan bicara.



TERHEGEH-HEGEH ADALAH APABILA SESEORANG YANG TERLUKA SETELAH CINTA TIDAK TERBALAS, NAMUN MASIH MENAGIH SIMPATI DAN CINTA PADA INSAN TERSEBUT.

Apa yang dimaksudkan dengan Jual mahal adalah…

Elak sentiasa bertemu berdua-duaan untuk mengelakkan maksiat…

Elak untuk berpegang tangan…

Elak untuk sentiasa bertentangan mata….

Elak untuk meluahkan rasa rindu yang melampau sehingga menaikkan syahwat…



SECARA TEORINYA JUAL MAHAL ADALAH UNTUK MENJAGA MARUAH PERIBADI SEBAGAI SEORANG WANITA.

Jangan terlalu mengikut ego sehingga melakukan perkara yang tidak menghargai dan menghormati seorang lelaki seperti…

“Oh, aku nak tengok selama mana dia boleh tunggu jawapan aku…”

“Aku nak tengok sampai bila dia sanggup tunggu depan rumah aku…”

Atau

Jika ada seorang lelaki yang mahu berkenalan, namun dibiarkan lelaki menunggu tanpa jawapan, whatsapp tidak dibalas, tidak dapat dihubungi sehingga mengambil masa yang lama. Lebih teruk apabila sengaja berkawan rapat dengan lelaki lain untuk melihat sejauh mana lelaki tersebut mahu merebutkan dirinya.



Wahai kaum wanita, ini namanya menguji sehingga berlagak sombong atau 'bodoh sombong'. Lelaki yang matang dan rasional pasti malas mahu melayan karenah wanita sebegini. Jika ada lelaki yang bertindak diluar kawalan, itu hanya ada dalam drama atau cinta telah membuatkan seseorang menjadi kurang bijak.

Oleh kerana itu wanita zaman sekarang seperti sukar untuk mencari lelaki yang baik dan setia kerana ‘Jual Mahal’ dengan berlagak sombong. Tidak memberi peluang pada mana-mana lelaki untuk berkenalan. Lelaki akan rimas jika diuji dengan sikap ego anda yang sebegini. Lelaki ini ‘simple’, jika dia melihat wanita tersebut seperti tiada hint atau signal yang mengambil masa terlalu lama. Malah ada masa pula berkenalan dengan lelaki lain, selamat tinggal jawapannya.

Namun setelah berkenalan, ketahuilah apa maksud sebenar jual mahal. Iaitu menjaga maruah peribadi untuk mengelakkan maksiat. Jika anda melakukan sebegini, pasti lelaki akan hormat dan takut untuk mencuba memegang tangan anda. Jika mereka benar-benar serius, sudah pasti mereka akan terus merisik dan meminang.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen