Bekas Kekasih Berkahwin Dahulu? Jangan Tertekan, Ikuti Langkah Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak tertekan apabila bekas kekasih mengambil langkahnya dahulu. Mungkin anda tidak meletakkan harapan untuk kembali padanya tetapi pasti perkahwinannya itu akan memberi kesan kepada anda. Mana tidaknya, ingatkan anda yang akan mengambil langkah lebih awal rupanya dirinya yang memulakan langkah dahulu. Jangan tertekan akan perkara seperti ini, cuba anda ikuti lima langkah ini untuk bertenang sedikit.



1. Cuba fahami emosi anda.

Jangan terlalu bertindak mengikut emosi anda nanti anda juga yang akan dapat malu. Cuba untuk bertenang dan biarkan perkara itu berlalu secara perlahan-lahan. Jangan masa ini anda nak imbas kembali semua janji dari dia pulak. Biarkan dirinya bahagia bersama pilihannya.

2. Luahkan isi hati anda.

Bukan luahkan kepada bekas kekasih anda, tetapi kepada rakan anda. Ceritakan segala yang terpendam di dalam hati anda itu. Biasanya selepas anda luahkan segalanya pasti akan berasa sedikit lega. Selepas itu boleh lah anda abaikan perasaan tersebut.

3. Jangan cuba bayangkan pernikahannya.

Jangan pernah cuba untuk melihat media sosialnya untuk melihat bagaimana majlis mereka. Cuba biarkan sahaja ia berlalu. Jika anda ingin tahu juga, pergi sahaja terus ke majlisnya nanti. Kalau tidak berani, lebih baik lupakan sahaja.


4. Abaikan komen-komen negatif.

Pasti tidak ramai yang tahu akan perpisahan anda, jadi mereka ini akan mula bertanya dan cuba mencari tahu. Abaikan sahaja apa yang dikatakan. Anggap sahaja sudah tertulis dirinya bukan jodoh anda.

5. Turut rasa bahagia.

Belajar untuk redha akan perkahwinan dirinya. Bukan hanya itu sahaja, turut tumpeng rasa bahagia akan perkahwinannya itu. Jika anda redha dan bahagia akan perkahwinan itu, pasti anda juga akan merasa bahagia nanti.

Dia adalah bekas kekasih anda, jadi jangan terlalu memikirkan dirinya. Fokus kepada kehidupan anda dan mula mencari pasangan jika belum ada. Semoga berjaya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen