Diberi Peluang Kedua Untuk Merebut Hati Si Dia. Bagaimana Untuk Memikat Hati Si Dia Kembali?

Pasangan yang bercinta pasti mengalami pasang surut di dalam perhubungan. Hubungan yang sentiasa naik dan turun, selepas bergaduh baik kembali. Ada juga telah berpisah, mahu bercinta kembali. Hal ini bukan sahaja khusus pada pasangan yang belum berkahwin, mereka yang telah berkahwin, bercerai dan ingin merujuk kembali juga boleh mencuba tips ini.

1. Cuba tampil lebih menawan.

Jika sebelum ini anda berpenampilan biasa dan tiada kelainan. Jadi tidak salah untuk bertukar citarasa semata-mata untuk mencuri hati si dia kembali. Potongan rambut atau fashion pakaian, adalah perkara utama yang si dia akan pandang dahulu. Jika mata mereka seperti terpegun melihat anda, pasti si dia tertanya-tanya, apa yang membuatkan anda berubah?

Jawapannya “Awaklah yang buat saya berubah” Tiada yang lain.

2. Bijak ambil hati.

Bijak mengambil hati si dia bukan sahaja perlu bersikap romantik dengan ayat-ayat pick-up line. Memadai jika anda mengusik mereka seperti mana kalian berdua berjumpa pertama kali. Pasti si dia rindu dengan adegan usik-mengusik tersebut. Malah carilah idea untuk elemen lucu dan lawak berjenaka supaya si dia terus bergelak ketawa.



3. Bersikap jujur.

Jika hubungan sebelum ini berantakan kerana tidak bersikap jujur, jadi berubah lah untuk menjadi telus dan berterus-terang dengan si dia dalam apa jua hal. Yang penting jangan berbohong semata-mata mahu si dia kembali. Jika si dia mengetahui perkara ini, pasti si dia akan kembali menjauhkan diri.

Jangan berselindung, dan elakkan si dia berasa curiga dengan sikap anda kembali.



4. Elakkan bersikap terlalu mengada-ngada.

Tidak kira lelaki atau wanita, mereka pasti tidak dapat elak daripada bersikap terlalu mengada-ngada atau manja. Jika wanita mereka gemar merengek pada pasangan. Elakkan bersikap begini dan cuba menjadi matang untuk mengambil hati mereka. Jika mereka membuat anda merajuk, usah lah terlalu lama, ada usaha sedikit untuk memujuk, kira lulus lah tu.

5. Jangan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul.

Kunci utama yang menjurus kepada kebahagiaan adalah JANGAN BERSIKAP EGO PADA PASANGAN. Anda ingin hidup bahagia kembali bersama si dia, jadi tiada motif untuk bersikap ego semata-mata anda sahaja yang betul. Tidakkah kasihan pada mereka yang bertungkus lumus memberi hati dan perasaan pada kali kedua?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen