Jangan Terlalu Cepat Menuding Kesalahan Pada Pasangan. Jom Ketahui Cara Untuk Menerima Kesalahan Pasangan Dengan Minda Terbuka.

Kunci utama apabila anda sudah serius untuk memulakan perhubungan cinta dengan seseorang adalah, menerima kekurangan, keburukan, kelemahan si dia, malah jangan terlalu mengharap kesempurnaan daripada pasangan.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada melakukan kesalahan kerana kita tidak sempurna seperti Malaikat. Allah SWT menjadikan manusia dengan banyak kekurangan adalah kerana Dia memberikan kita jalan untuk mencari jodoh yang bakal melengkapi hidup kita.



Oleh kerana itu, kehidupan ini mempunyai peraturan di dalam perhubungan sesama manusia iaitu dengan adanya persefahaman. Wujudnya persefahaman di dalam diri manusia akan menghasilkan hubungan yang harmoni dan bertoleransi.

Jangan terlalu cepat menuduh melulu kesalahan ke atas pasangan sahaja, kerana kita sendiri juga tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, jom ketahui cara untuk menerima kesalahan pasangan dengan mudah…

1. Jangan anggap pasangan boleh baca fikiran kita.

Justeru kita kena beritahu pasangan apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mahukan teman lelaki atau suami untuk meninggalkan tabiat merokok. Jadi berilah mereka sokongan supaya pasangan mempunyai usaha ke arah mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap setiap hari dan sedikit demi sedikit boleh cuba untuk berhenti. Anda sebagai teman wanita atau Isteri pula menerima kekurangan mereka dan sedaya upaya memberi sokongan moral terhadap mereka. Dan tidak melepaskan batuk ditangga.



2. Mahirkan kemahiran memujuk.

Ada sebahagian daripada kita tidak boleh berubah jika dipaksa-paksa. Jadi pujuklah pasangan supaya berubah seadanya. Sebagai contoh pasangan yang telah berkahwin, si suami kadang-kala tidak sengaja suka sangat sepah-sepah pakaian dalam almari. Walau sudah dikemas, esok lusa pasti bersepah lagi.

Apabila berlaku sekali dua, mungkin si isteri mampu mengemas, tetapi jangan pula cepat melenting. Pujuklah suami dengan suara yang menyenangkan supaya suami mudah mengikuti arahan dan tidak terbeban dengan arahan tersebut.



3. Cara lain untuk menerima kekurangan pasangan ialah berkongsi masalah anda.

Berkongsi masalah dengan pasangan dan mampu untuk memberikan solusi dan menyelesaikan setiap masalah adalah cara yang terbaik untuk menerima kekurangan mereka. Sebagai contoh, pasangan mudah naik berat badan setelah berkahwin, ia bukan lah satu kekurangan yang perlu dianggap satu kesalahan. Seperti “Saya ni gemuk sebab awak la…”

Jadi untuk sokong antara satu sama lain adalah sama-sama kekal sihat dan menyediakan makanan yang sihat juga.

4. Untuk terima kekurangan pasangan, anda perlu kenal betul-betul pasangan anda.

Ketahui isi hatinya, kenali perwatakannya. Perangai seseorang memang lain sebelum kahwin dan selepas kahwin. Jadi, kenali pasangan anda untuk anda terima kekurangannya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen