Ciri-Ciri Anda Sedang Mengalami Penderaan Emosi Dalam Hubungan Yang Terjalin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penderaan emosi adalah satu perkara yang tidak kelihatan, ia juga tidak mampu untuk diluahkan. Percintaan yang terjalin ini tidak semestinya berada dalam kebahagiaan sahaja, ia boleh jadi anda akan diuji dalam hubungan tersebut. Ramai yang berpendapat hubungan cinta itu bahagia dan menyeronokkan, tetapi ia berlainan buat anda. Apa yang anda rasakan dalam hubungan anda adalah sentiasa berjaga-jaga dan mengawal setiap langkah anda. Adakah anda sedang mengalami penderaan emosi oleh pasangan anda? Mari ketahuinya.



1. Pasangan anda kerap menyatakan rasa bimbang.

Dia kerap kali memberi amaran dan pesanan kepada suatu perkara yang belum berlaku lagi. Apa yang ditakuti adalah sekiranya anda memalukan dirinya. Bukan itu sahaja, dia kerap kali menyatakan anda selalu melakukan perbuatan yang tidak mengembirakan dirinya.

2. Pasangan anda memandang rendah kepada anda setiap masa.

Anda mungkin mempunyai kekurangan, namun kekurangan anda itu bukanlah penyebab utama hingga anda boleh dipandang rendah serta dihina. Mungkin ia hanya kesilapan yang tidak disengajakan yang anda telah lakukan. Namun dirinya memperbesarkan hal tersebut sehingga kerap kali mengungkitnya.

3. Anda tidak teruja memikirkan masa depan hubungan anda.

Apabila dirinya bercakap mengenai masa depan bersama dengan anda, anda seolah-olah tidak merasa gembira tentang perkara yang dirancangkan itu. Di mana perancangan itu hanya menyebelahi dirinya bukan anda dan ia juga membawa kebaikan untuk dirinya bukan juga untuk anda.


4. Anda merasa bersendirian dalam hubungan.

Walupun menjalinkan hubungan, anda tetap merasa kesunyian. Di mana pasangan anda hanya memperdulikan anda apabila dirinya memerlukan anda. Bukan itu sahaja, anda juga tidak mempunyai tempat untuk meluahkan segala rasa hati anda. Anda tidak memiliki pendengar yang baik.

5. Perasaan takut pada pasangan anda.

Apa yang paling kelihatan adalah anda memiliki perasaan takut terhadap pasangan anda. Di mana anda takut untuk menegur kesalahan pasangan anda. Bukan hanya itu, anda juga takut meluahkan rasa hati anda kerana risau sekiranya dia terasa hati dengan apa yang anda katakan hingga tercetusnya pergaduhan yang hanya melukakan hati anda.

Jika anda sedang menjalinkan hubungan seperti ini, adalah lebih elok sekiranya anda berpisah dengannya. Hubungan seperti ini tidak akan membantu anda malah ia juga tidak membahagiakan anda. Anda seharusnya mencari pasangan yang membahagiakan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen