Siapa Yang Perlu Dipersalahkan Apabila Berlakunya Curang? Adakah Perampas Semata-Mata?

Kini drama Jangan Benci Cintaku menjadi viral setelah penangan karektor Husna. Rata-rata masyarakat melempiaskan kata-kata amarah malah tidak berpuas hati oleh kerana karektor perampas itu. Munculnya pihak ketiga di dalam perkahwinan, pasti akan membuatkan hubungan perkahwinan bergolakan yang mengakibatkan perpisahan.



Perkara ini berlaku, secara total janganlah meletakkan kesalahan ke atas perampas sahaja. Tiga pihak bersalah. Si isteri, Si suami dan si perampas. Seperti yang kita tahu, apabila berlaku pergaduhan antara pasangan, kesalahan tidak seharusnya diletakkan ke atas pesalah seratus peratus, tetapi 50-50. Jika terjadinya perkara curang ini, kesalahan diletakkan atas 3 pihak ini.

Contoh ini bukan seratus peratus pada drama, tetapi secara umum…

Situasi pertama telah menunjukkan, si isteri pergi menyambung belajar dan meninggalkan si suami. Apabila telah terlalu selesa berjauhan dengan si suami, lama-kelamaan tidak mahu menimang anak dengan secepat mungkin kerana tidak bersedia.



Apabila terlalu banyak alasan untuk tidak mahu menimang anak, maka muncul lah mulut-mulut masyarakat yang mengatakan si isteri mandul.

Situasi kedua menunjukkan sikap suami yang tidak matang. Sebagai pemimpin keluarga, didiklah si isteri untuk menghormati keinginannya, dan hargai hubungan agar sentiasa harmoni. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri, sehinggakan menjadi buah mulut orang ramai. Malah menerima sahaja mana-mana wanita dan meluahkan kata cinta.

Situasi ketiga menunjukkan sikap perampas yang mempunyai kuasa hanya kerana ahli keluarga si lelaki tidak menyukai si isteri tersebut. Sikapnya yang seperti tidak tahu landasan agama membuatkan dirinya tersasar untuk mencintai suami orang.



MENGAPA INI TERJADI?

Setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan, Allah SWT telah menjadikan atas sesuatu asbab dan mempunyai hikmah yang tertentu. Tidak ada suatu pun yang dijadikanNya dan yang ditakdirkanNya berlaku itu dengan sia-sia dan tanpa perancangan.

Allah menjadikan perkahwinan sebagai medan ujian untuk melihat sejauh manakah kita mengaku menjadi hambaNya. Namun dosa dan kebaikan yang kita lakukan adalah dengan pilihan kita sendiri dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Allah mengizinkan dan Dia yang Maha Mengetahui.

KEPENTINGAN UNTUK BERMUHASABAH DAN MENDIDIK JIWA & HATI DENGAN ILMU AGAMA.

Setiap perkara yang berlaku pasti kerana dosa lampau maka bermuhasabah lah kita. Kerana itu pentingnya masa untuk menenangkan diri di antara suami isteri yang hanya 3 hari sahaja dan tidak boleh berlebihan, khuatir akan derhaka pada suami.



Kepada para isteri, tenangkan diri dan bermuhasabah, apakah dosa kita pada masa lampau sehinggakan terjadinya curang ini. Apa yang si isteri lakukan sehingga si suami merasakan tidak puas hati dan tidak beres isunya dengan pasangan.

Anggaplah ia terjadi kerana kafarah dosa kita sendiri atau sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan martabat kita.

Lakukan lah apa sahaja berlandaskan Allah SWT. Nak merampas, ingat Allah! Nak mempermainkan hati isteri, ingat Allah! Malas nak layan suami, ingat Allah! Apabila terlalu alpa dengan duniawi, pasti terlupa kehidupan sebenar di akhirat kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen