4 Tanda Teman Lelaki Anda Menyukai Anda Dengan Hati Yang Tidak Ikhlas.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari pasangan ini kadang kala mungkin kita yang terlalu berlebihan, sehingga dirinya menjalinkan hubungan dengan kita dalam keadaan yang tidak rela. Pada masa yang sama, dirinya tidak mampu untuk melukakan hati anda. Jadi dirinya menjalinkan hubungan dengan anda dengan berharap satu hari nanti dia akan menerima anda dengan ikhlas, tetapi ia sukar untuk berlaku. Maka ia terpaksa untuk berpura-pura menyayangi anda. Berikut adalah tanda si dia tidak ikhlas menyukai anda.



1. Kurang memberikan perhatian.

Selalu teman lelaki akan lebih memberi perhatian kepada kekasih hatinya, ia adalah satu perkara semula jadi di mana mereka ini akan lebih mudah memberi perhatian kepada orang yang disukai. Tetapi jika dia jarang memberi perhatian kepada anda, mungkin dirinya tidak mempunyai rasa yang sama seperti anda.

2. Membalas kiriman mesej dengan lambat.

Perasaan teruja akan dihadapi oleh seseorang apabila mereka ini mendapat pesanan mesej dari seseorang mereka sukai. Tetapi, jika dia mendapat kiriman mesej dan membalasnya dengan lambat mungkin dirinya kurang berminat terhadap anda. Cuba lihat bagaimana teman lelaki anda membalas mesej anda.

3. Suka menyimpan rahsia.

Seseorang yang kurang menyukai anda akan lebih bersifat tertutup dengan anda. Mereka ini tidak akan bersifat terbuka dengan berkongsi apa yang mereka suka dan minat itu sendiri. Bukan hanya itu, mereka ini juga tidak suka sekiranya anda cuba untuk mengambil tahu akan diri mereka.


4. Tidak tertaik untuk tahu akan diri anda.

Setiap pasangan yang saling menyukai biasanya aka lebih tertarik untuk mengetahui sapa yang pasangan mereka ini suka. Tetapi, tidak bagi mereka yang tidak menyukai anda dengan ikhlas. Mereka ini tidak tertarik untuk tahu mengenai anda. Bagi dirinya anda bukan seorang yang penting.

Jika si dia mempunyai empat tanda ini, cuba untuk berbincang dengan dirinya. Jangan membuat kesimpulan sendiri dahulu. Cuba untuk fahami dan dalami apa yang sebenarnya dirinya rasakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen