4 Langkah Membina Hubungan Semula Selepas Dikecewakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berdasarkan penglihatan secara rawak, ketidaksetiaan adalah salah satu punca berlakunya perpisahan mahupun penceraian bagi mereka yang menjalinkan hubungan. Hubungan yang dibina yang berasakan penghormatan dan kepercayaan akhirnya dikhianti dengan dengan kemunculan orang ketiga. Kecurangan dalam hubungan akan menyebabkan seseorang itu akan hilang keyakinan serta mula merosakkan kepercayaan dan penghormatan dalam hubungan. Orang yang mengkhianati sering ditinggalkan dengan perasaan teruk, rasa bersalah, malu, penyesalan, dan rasa tidak selamat.

Jika anda masih lagi sayang akan hubungan anda, tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjernihkan semula hubungan, mungkin anda perlu mengikuti panduan ini. Jangan kerana ketidaksetiaan pasangan anda pula yang sanggup mengorbankan hati anda. Mari cuba empat perkara ini untuk bangkit.



1. Maafkan kesilapan dirinya.

Kemaafan dan pengampunan adalah satu kunci untuk anda merasa bahagia semula. Anda tidak dapat menyelesaikan satu perkara dengan hanya berpegang kepada kesakitan dan kebencian yang anda alami. Ya, perasaan negatif sukar untuk ditangani, tetapi anda perlu belajar untuk menghadapi mereka dan kemudian tangani mereka dengan beraninya.

2. Jangan memalukan pasangan.

Pasangan anda sudah cukup malu dan menyesal akan perbuatan dirinya itu, maka dengan itu, si dia mahu kembali semula untuk menjalinkan hubungan baru dengan anda. Maka anda tidak boleh memalukan semula dirinya dengan mengungkit atau mengingati semula kejadian itu. Ia hanya memperbesarkan akan hal itu namun anda juga yang akan merasai kesakitan yang lebih daripada dirinya.

3. Cuba mengambil masa yang secukupnya untuk diri anda.

Jika anda tidak mampu untuk melakukannya sekarang, atau nanti, anda boleh meminta masa yang panjang untuk diri anda darinya. Pasti dia tidak akan memaksa anda untuk memberikan satu pemulaan yang baru dalam masa yang singkat. Cuba untuk mengambil masa sedikit untuk memastikan diri anda benar-benar besedia untuk menghadapinya dan memulakan satu permulaan yang baru.


4. Belajar untuk membuat satu perubahan yang baru.

Kesakitan akibat dicurangi ini sangat melukakan hati anda, namun anda tidak boleh mengundurkan diri dari hubungan yang pernah anda perjuangkan. Jadi belajar untuk memulakan satu perhubungan baru yang lebih memberi anda kebahagiaan. Pada akhirnya nanti, anda akan merasakan ketidaksetiaan dalam hubungan ini akan membuat anda lebih mengenali pasangan serta berhati-hati dengannya.

Tidak mudah untuk bangkit dari kekecewaan, dan tidak mudah juga untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang telah menyakiti anda. Namun begitu, jika anda tidak lakukan ia pasti akan membawa penyesalan dalam diri anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen