Betul Ke Anak Tunggal Lebih Cenderung Untuk Berlaku Curang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecurangan tidak melibatkan antara jantina, di mana yang mana satu jantina lebih mudah untuk berlaku curang. Ia adalah bergantung pada individu tersebut serta pendirian diri seseorang. Namun begitu, terdapat orang menyatakan bahawa, mereka yang dilahirkan sebagai anak tunggal ini lebih cenderung untuk berlaku curang terhadap pasangannya. Mari ketahuinya.



1. Mendapat perhatian yang cukup.

Mereka yang lahir sebagai anak tunggal dalam keluarga, mendapat perhatian utama kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga yang lain. Inilah yang menjadikan mereka mudah menipu. Apabila mereka tidak mendapat perhatian yang cukup dari pasangan, mereka akan dengan mudah mencarinya dari orang lain.

2. Mementingkan diri.

Sudah biasa mendapat apa yang mereka mahu serta setiap keinginan mereka dituruti, akan membuat anak tunggal ini lebih mementingkan diri. Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu, maka ia mudah menjadikan alasan untuk dirinya mencari orang lain.

3. Selalu sunyi.

Mereka ini tidak mempunyai adik-beradik lain yang boleh menjadi teman di kala mereka ini kesunyian. Jadi apabila besar mereka ini takut untuk berasa sunyi. Jika mereka mendapat pasangan yang sentiasa sibuk, pasti mereka akan mencari orang lain untuk menghilangkan kesunyian mereka.


4. Terlalu yakin.

Keyakinan diri yang terlalu berlebihan sebenarnya membuat mereka menganggap kesilapan yang dibuat hanyalah masalah kecil, yang seterusnya akan memusnahkan hubungan antara dia dan pasangannya.

5. Sifat ingin menang.

Sebagai satu-satunya kanak-kanak yang tidak biasa bersaing dalam mendapatkan perhatian ibu bapa, menjadikan mereka cenderung menipu dengan mudah. Kerana dalam fikirannya, dia tidak perlu bimbang jika dia membuat kesilapan, kerana tidak ada pesaing. Malah, pemikiran ini akan membawa kepada kemusnahan hubungan antara dia dan pasangannya.

Walaupun lima fakta di atas mengatakan bahawa jika anak tunggal mudah berlaku curang, namun ia bukan lah satu perkara yang benar. Ia bergantung bagaimana seseorang itu menjalinkan hubungannya dan bagaimana keadaan hubungan tersebut. Sesiapa sahaja boleh curang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen