Ingin Tahu Kesetiaan Pasangan? Cuba Lihat Penampilan Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercakap mengenai kesetiaan itu adalah satu hal yang serius. Di mana semua orang ingin memiliki pasangan yang setia akan dirinya. Bukan hanya itu, kesetiaan ini juga diumpamakan sebagai satu tanda kasih sayang oleh seseorang kekasih. Maka dengan itu, mari ketahui kesetiaan berdasarkan penampilan pasangan.



1. Gaya rambut.

Jika pasangan hanya mempunyai satu gaya rambut itu bermakna dirinya seorang yang setia. Jika sebaliknya maka anda harus lah berhati-hati. Orang yang mempunyai satu gaya rambut ini adalah seseorang yang akan kekal dengan apa yang mereka ada. Sebab itu mereka ini setia.

2. Tidak suka berdandan.

Mereka hanya memakai pakaian biasa dan tidak berlebihan apabila bersama anda? Ia adalah satu lah yang bagus. Jika ia seseorang yang suka berdandan, itu bermakna dirinya seorang yang suka mendapat pandangan daripada orang lain serta suka menonjolkan diri mereka.

3. Penggunaan barang untuk satu jangka masa yang lama.

Jika dia seorang yang setia, dia akan mempunyai satu baju kesayangan yang akan kerap kali dipakai. Dia akan terus bersama dengan penampilan sebegitu untuk satu jangka masa yang panjang.


4. Penampilan khas untuk yang istimewa.

Mereka akan mengenakan satu penampilan yang istimewa ketika waktu-waktu tertentu. Hal ini kerana, mereka tidak mahu orang lain memandang mereka tetapi mereka mahu anda memandangnya sebagai orang yang berlainan.

Jangan terus menyerang pasangan anda, hanya kerana dirinya suka bergaya atau tonjolkan diri. Cuba untuk melihat kelakuan dirinya sebelum membuat kesimpulan sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen