Sudah Bersedia Untuk Bertemu Jodoh? Jawab 4 Soalan Ini Dahulu Untuk Mengetahui Perkara Sebenar.

Adakah anda masih tercari-cari jodoh, jawab dahulu soalan dibawah ini untuk mengetahui benarkah anda sudah bersedia untuk bertemu dengan jodoh?



1. Adakah anda sudah perbetulkan niat untuk bernikah?

Tanya pada diri anda sendiri, adakah anda benar-benar telah bersedia untuk bernikah? Perkahwinan ini dugaannya besar kerana anda bakal tidak duduk sebumbung dengan ibu bapa anda. Khusus pada wanita, anda perlu ketahui syurga anda dibawah tapak kaki suami sejurus sahaja akad nikah telah dilafazkan. Jadi, anda perlu ikut sahaja suami berada, bukan dibawah ketiak ibu anda lagi.

Jika anda mahu bernikah kerana sunyi tiada teman atau suami, anda silap. Perasaan ini sifatnya berbolak-balik.

2. Adakah anda pasti ikhtiar untuk mencari jodoh berlandaskan pada Ilahi?

Bagaimana cara mencari jodoh berlandaskan syariah? Sudah tentu memperbaiki diri dan mendekatkan hati pada Ilahi seperti..

Melakukan solat di awal waktu dan membuat solat sunat…

Sentiasa berzikir…

Memperbetulkan bacaan Al-Qur’an…

Rajin membaca terjemahan Al-Qur’an tentang jodoh…

Mencari hikmah mengapa jodoh anda lambat…

3. Adakah anda pasti keimanan dan kebaikan jodoh sama seperti anda?

Anda perlu tahu jodoh akan datang seiring apabila anda di dalam proses untuk memperbaiki diri di jalan yang diredhai Allah SWT. Seperti Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur’an, wanita yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji.

Jika anda sedang mencuba menjadi orang yang baik-baik, jodoh anda juga sedang melakukan perkara tersebut. Ini kerana jodoh adalah cerminan diri kita. Jika anda tidak berusaha untuk menjadi orang yang baik, maka jodoh anda juga tidak melakukan perkara ke arah kebaikan.

4. Adakah anda sedang membersihkan jiwa dan hati untuk menerima jodoh?

Perkara yang paling penting untuk bertemu jodoh adalah, Allah SWT akan menghantar seseorang yang mempunyai pelbagai kekurangan di dalam diri. Sebelum ingin bertemu jodoh, kita harus belajar untuk berlapang dada, bersihkan hati dan diri daripada negativiti.

Ini untuk membuktikan apabila anda bertemu dengan seseorang yang mempunyai kekurangan, kelemahan dan keburukan, anda bukannya terus menilai orang tersebut. Tetapi anda akan lakukan sebaliknya iaitu berfikiran rasional. Situasi ini akan mengajar anda untuk berfikir dahulu sebelum bertindak.

Jika anda tiada niat langsung untuk membersihkan hati, pasti anda akan sentiasa melihat kesalahan orang lain. Hanya nampak keburukan sahaja pada seseorang tersebut. Dan hanya berfikir anda sahaja yang baik malah tiada kesilapan.

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang baik. Allah selalu menghadirkan segala sesuatu indah pada waktunya, yakinilah dengan Bismillah.” -

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen