Asyik Mengeluh Tidak Bertemu Jodoh, Mungkin Allah Rindu Mahu Mendengar Rintihan Doa Dari Anda.

Jodoh sememangnya isu yang mudah untuk menjadi topik. Pelbagai reaksi manusia kita dapat lihat apabila menceritakan tentang jodoh. Ada yang gembira bertemu jodoh di awal usia. Ada yang bahagia, ada yang marah kerana sering dipermainkan lalu menyuruh orang ramai untuk berhenti soal tentang jodoh, ada juga yang bimbang kerana lambat bertemu jodoh.

Mereka yang masih tidak bertemu jodoh, pasti akan sentiasa merasa gelisah, kerana setiap bulan sahaja pasti menerima kad jemputan kahwin daripada rakan. Jika kurang dan lemahnya iman didada pasti alasan tidak bertemu jodoh adalah tidak percaya pada takdir Allah SWT. Subhanallah, minta dijauhkan.



Stigma masyarakat juga membuatkan kita jadikan perkahwinan itu sebagai tangga kejayaan seseorang di dalam kehidupan. Padahal, ia adalah sebuah permulaan di dalam kehidupan untuk berumah tangga, dan bukan lah kejayaan semata-mata. Maka, oleh kerana itu setiap daripada kita seperti berlumba-lumba untuk berkahwin.

Allah SWT telah berfirman;

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Yaa Siin: 36)

Seperti ayat diatas telah diperjelaskan bahawa, anda jangan lah terlalu gelisah dan berlumba-lumba untuk mencari jodoh, dan seterusnya mengeluh. Allah SWT telah mencipta makhluknya berpasangan tidak kira dimana sahaja ia berada. Kerana jodoh ini adalah rahsia Allah.

Setiap hari kerap sahaja anda mengeluh..mengeluh…dan mengeluh….tetapi apakah ikhtiar yang anda lakukan untuk diri sendiri? Adakah dengan mengeluh, jodoh akan datang tergolek di depan mata? Jatuh dari langit? Sudah pasti tidak.



Anda sebenarnya terlupa pada Dia….

Anda sering mengeluh, tetapi terlupa untuk berdoa pada-Nya...

Anda terlupa kerana jodoh amanah Allah SWT adalah lebih jauh daripada anda yang sekarang…

Anda kerap mengeluh, tetapi tidak kerap berdoa dan merintih merayu pada-Nya…

Apabila kesunyian anda masih mengeluh, tetapi tidak membuka lembaran Al-Qur’an untuk menghayatinya…

Oleh itu jangan jemu untuk berdoa. Jangan berputus asa untuk berdoa. Merintih lah setiap malam di atas sejadah. Kerana Allah tidak pernah jemu untuk mendengar kita berdoa. Jika kita meluangkan masa dengan berdoa sepanjang masa, kelak Allah dengan pantas mendapatkan jodoh yang telah ditentukan-Nya. Kerana Allah sudah merasa puas mendengar rintihan hati kita.

Teruskan berikhtiar untuk perbaiki diri dan lantunkan doa-doa dalam setiap keheningan malam. Insya Allah, bahagia akan datang pada waktu yang paling tepat.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen