Wahai Lelaki Jika Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Wanita Ini Bukan Untuk Anda. Jom Lihat!

Sering kita melihat atau mendengar bahawa wanita yang tidak sabar untuk berkahwin. Wanita yang sering membayangkan perkahwinan idamannya, jejaka pilihan hati dan tempat untuk berkahwin.

Namun dengan perubahan zaman dan masa, wanita kini lebih mengejar perkara yang lebih menguntungkan mereka. Perkahwinan bukan lah menjadi keutamaan mereka yang sebenar. Masih ada niat untuk berkahwin, tetapi bukan lah pada masa yang terdekat.



Ada sebahagian daripada mereka, berkenalan dengan seseorang lelaki, tetapi tidak lah secara serius. Jom ketahui tanda-tanda wanita zaman moden yang belum bersedia untuk berkahwin….

KEWANGANNYA HANYA UNTUK KESERONOKAN SENDIRI.

1. Membeli barang mekap.

Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyimpan duit untuk berkahwin. Jika anda melihat aktiviti wanita ini, sering sahaja menghabiskan duit untuk membeli barang mekap. Asalkan dapat gaji pasti ada sahaja barang mekap yang mereka beli. Ia bukan lagi keperluan, tetapi kemahuan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.



2. Simpan duit untuk travel sahaja.

Trend sekarang memang ramai golongan bujang yang gemar travel ke mana sahaja yang mereka suka. Alasannya selagi mereka masih bujang, selagi itu mereka mahu travel. Mungkin dengan melancong mereka akan bertemu jodoh. Tetapi setelah kerap melancong, tidak juga bertemu jodoh, bukan? Jika niat mahu post gambar di instagram sahaja, sudah tentu lari niatnya untuk bertemu jodoh di negara orang.

3. Sentiasa meluangkan masa di café hipster.

Sanggup meluangkan masa di café hipster setiap hari dan setiap minggu. Tidak pernah belajar untuk memasak resipi baru. Duit mereka habis begitu sahaja di semua café hipster. Katanya untuk melepaskan stress, hanya makanan sedap sahaja yang dapat membantu mereka untuk release tension.



4. Lebih gemar berbelanja untuk ke salon.

Wanita moden ini lebih gemar meluangkan masa seperti ke salon dan penjagaan diri. Bagi mereka manjakan diri lebih penting kerana tiada siapa faham diri mereka ketika ini. Selain untuk release tension, mereka rasa ia adalah satu terapi untuk sentiasa kelihatan cantik. Tidak lah mereka merasakan, tidak laku sebab tak cantik. Sekurang-kurangnya mereka berpenampilan cantik, dan mengandaikan lelaki akan rugi jika tidak memilih mereka.

5. Menyimpan duit untuk melakukan sukan ekstrem.

Ada sahaja wanita lebih gemar meluangkan masa untuk hiking dan meredah hutan. Mereka memang tiada niat untuk berkahwin dalam masa terdekat. Mereka mahu lakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa disekat.

Jika anda berkenalan dengan wanita sebegini dan mengharapkan perkahwinan dalam masa terdekat, lupakan niat anda atau tunggu sahaja sehingga mereka bersedia. Terpulang pada individu.



 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen