Suka Selfie? Ini Dia 5 Jenis Selfie Yang Lelaki Tidak Sukai.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita dan selfie sememangnya tidak dapat dipisahkan. Semua perkara yang dilakukan pasti akan ambil sedikt masa untuk selfie dirinya. Tidak salah untuk selfie, tetapi jangan pula berlebihan. Hal ini kerana, tidak semua lelaki akan berasa senang dengan selfie yang anda ambil itu. Mari lihat lima jenis selfie yang diambil oleh anda tetapi tidak disukai lelaki.



1. Selfie yang meminta pujian.

Lelaki tahu ramai wanita yang sukakan pujian, sebab itu mereka ini serlahkan kecantikan mereka. Bukan hanya itu sahaja, pujian yang diterima itu turut menambah keyakinan dirinya untuk tampil dihadapan orang ramai. Namun begitu, lelaki tidak suka pada wanita yang meminta dirinya dipuji oleh orang lain, terutama jika mereka itu adalah orang dari media sosial.

2. Selfie dengan makeup berlebihan.

Bermakeup untuk tonjolkan kecantikan pada wajah tidak salah, tetapi lelaki lebih suka wanita yang bermakeup secara tipis dan tidak keterlaluan. Mereka ini juga dikatakan lebih suka wajah wanita yang bersifat semula jadi. Jadi wajah yang bermakeup tebal ini pasti menyakiti mata mereka.

3. Selfie dengan pakaian yang tidak menutup aurat.

Tidak semua lelaki suka melihat wanita yang seksi. Kebanyakan lelaki cuba untuk melindungi mata mereka untuk melihat wanita yang berpakaian tidak menutup aurat. Bukan apa mereka ini ingin menjaga pandangan mata mereka.


4. Selfie dengan caption merendah diri.

Adakah anda perasan terdapat wanita yang akan memuat naik gambar mereka dengan caption yang meraih simpati? Sebagai contoh, mereka itu sudah cukup kurus namun di captionnya ia menyatakan dirinya gemok. Itu adalah salah satu untuk mendapat perhatian otang lain dan menyatakan bahawa dirinya cantik dan memikat hati. Ini juga adalah perkara yang tidak di sukai lelaki.

5. Selalu selfie sentiasa.

Anda kaki selfie? Sentiasa memuat naik gambar selfie anda setiap masa? Ia pasti sangat merimasakan rakan media sosial anda. Mengapa? Hal ini kerana anda kerap kali akan memuat naik rupa paras anda sahaja. Sekali dua orang tengok tak jemu, tetapi kalau banyak kali tengok pasti mereka akan rasa jemu.

Walaupun akan ada yang menyatakan itu hak mereka, kerana mereka sukakannya tetapi ia boleh membuat jodoh anda menjauh. Tak akan selamanya anda hendak tayang muka sahaja.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen