Tanda-Tanda Seorang Wanita Hormat Pada Pasangannya Dan Menunjukkan Sudah Bersedia Untuk Berkahwin.

Untuk berkahwin pasangan haruslah menghargai dan menghormati antara satu sama lain. Ia adalah kunci kebahagiaan dalam sebuah perhubungan, malah berkekalan hingga selama-lamanya. Oleh kerana wanita sekarang lebih bekerjaya dan berpendapatan tinggi banding dengan lelaki, tidak hairan jika seorang wanita itu boleh bersikap angkuh dan ego terhadap pasangannya.

Mungkin kelakuan ini tidak sedar, tetapi secara kasarnya ia dapat dilihat melalui perbuatan seorang perempuan itu pada pasangannya. Bukan lah mahu seorang wanita itu merendahkan martabatnya hanya untuk lelaki yang masih belum menjadi suaminya tetapi jika sebelum berkahwin tidak didik diri untuk hormat orang lain, bagaimana lelaki tersebut mahu yakin jadikannya sebagai seorang isteri?

Jom lihat tanda-tanda wanita atau digelar sebagai bakal isteri anda mempunyai rasa hormat…

1. Tidak mengaibkan pasangannya pada orang lain.

Emosi dengan wanita pasti tidak dapat dipisahkan. Apa sahaja yang berlaku pada mereka, pasti ingin dikongsikan bersama sahabat. Mereka lebih gemar meluahkan perasaan dengan melulu tanpa memikir kesan untuk jangka masa yang panjang. Jika benar wanita tersebut menghormati pasangannya, pasti mereka berasa ralat untuk menceritakan kekurangan, kelemahan atau keburukan pasangan pada orang lain termasuk sahabat sendiri.

2. Tidak suka menyindir pasangan.

Kadang-kala tanpa sedar wanita akan memperkecilkan pasangannya secara depan-depan atau di belakang. Malah menyindir dengan sinis.

“Alah,,sayang tu kan gaji berapa je. Boleh ke nak tampung….”

“Kau tau tak, aku tak tau lah berapa lama boleh hidup dengan dia, kalau dia macam….”

Jangan lah mulakan perbualan sebegini dengan orang lain. Wanita yang menghormati pasangannya pasti tidak terdetik untuk menyindir apatah memperkecilkan. Berhenti bercakap! Mula berfikir dahulu sebelum bertindak!

3. Tidak bersikap kasar.

Wanita yang menghormati pasangannya akan mulai bersikap lemah lembut, tidak bersikap atau bercakap kasar, dan mulai sensitif terhadap emosi pasangannya. Mereka tahu lelaki juga amat beremosi tetapi tidak ditunjukkan sahaja. Maka, mereka lebih bersikap supportive pada pasangan, bercakap dengan nada yang lembut dan bersenyum manis. Tidak sampai hati untuk mengeluarkan kata-kata kesat.

4. Tidak mengeluh.

Wanita ini juga jarang untuk mendengar mereka mengeluh kesah tentang pasangannya. Jika pasangan mempunyai masalah, mereka akan mendengar bersungguh-sungguh, memberi tindak balas yang positif dan mengambil peduli setiap luahan pasangannya.

Jika teman wanita anda bersikap begini, jangan lepaskan mereka! Pasti mereka akan sentiasa cuba menghormati dan menghargai anda setelah berkahwin.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen