Bagaimana Orang Ketiga Boleh Hadir Dalam Hubungan, Mari Ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang ketiga ini umpama racun dalam sesebuah hubungan. Apabila merebak racun itu, maka musnahlah hubungan tersebut. Bagaimana orang ketiga ini boleh hadir? Adakada mana-mana pihak yang mengundang kehadiran mereka ini? Sudah tentu tidak! Kehadiran orang ketika ini apabila setiap pasangan sedang leka dan lalai mengenai hubungan mereka, tetapi apabila mula menyedari ia sudah pun terlambat. Mari ketahui situasi apa yang menyebabakan kehadiran mereka ini.



Perhubungan jarak jauh ini merenggangkan sepasang kekasih? Ya, perhubungan ini merupakan perkara yang paling mudah menerima kehadiran orang ketiga. Mengapa, disaat salah seorang menanti dan setia terhadap hubungan, manakala seorang lagi setia tetapi memerlukan seseorang di sisi, di situ lah perkara ini berlaku. Jika pihak tersebut bersedia untuk kuatkan hati dan sabar menunggu pasangannya, sudah pasti sukar perkara ini terjadi.

Sebagai sepasang suami isteri mahupun kekasih, kemeseraan begitu penting sekali antara kalian. Jika kalian seorang yang sukar mesra mahupun pasangan anda merasakan dirinya kurang kemesraan anda, maka dia akan membuat pilihan untuk mencari seseorang boleh bermesra dengannya. Maka dari situ salah seorang daripada hubungan tersebut dengan sendirinya mengalakkan kehadiran orang ketiga.

Penah anda terfikir tidak, pertemuan antara rakan lama ini mampu mebuat seseorang itu berlaku curang. Iya, renunion adalah salah satu cara untuk membuat setiap pasangan menerima orang ketiga dalam hidup mereka. Mengapa? Hal ini kerana, pada ketika ini lah pasangan akan menemui cinta pertama mereka semula.


Masalah kewangan juga menjadi punca kepada kehadiran orang ketiga. Di mana mungkin anda orang kaya sebab itu anda dikelilingi oleh orang kaya jika anda yang tidak kata, bagaimana? Sudah pasti mulut manis anda yang menyebabkan semua mereka itu terpikat. Apabila hadapi masalah kewangan, anda seharus berbincang bukan membiarkan kedaan semakin tegang.

Anda perlu berhati-hati dalam empat perkara ini, hal ini kerana empat perkara ini mungkin bagi anda tidak bahaya tetapi apabila anda telah terkena baru lah anda akan rasa menyesal dan kecewa.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen