"Teringin Pergi Ke Masjid Bersama Suaminya" - Doa Isteri Saharul Ridzwan Termakbul Selepas 2 Tahun.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak mengenali pelakon Saharul Ridzwan yang merupakan pelakon utama di dalam drama Jangan Benci Cintaku yang baru sahaja tamat disiarkan. Hampir dua tahun beliau dan isterinya, Qaabila Deena Amir telah mendirikan rumah tangga yang cukup bahagia. Rumah tangga pasangan ini juga diserikan dengan kehadiran cahaya mata mereka iaitu Muhammad Luth Ali yang hampir berumur setahun.

Sejak berkeluarga ini, Saharul Ridzwan dilihat sedang berusaha membawa insan yang tersayang ke arah kebaikan serta mengikut apa yang dituntut agama.

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu gambar berserta caption yang menyentuh hati. Beliau dikatakan telah menunaikan hasrat isterinya yang sekian lama teringin untuk pergi ke masjid bersama dengannya.



Termakbul walaupun asbab yang lain.

Awal2 kahwin dulu, wife saya pernah cakap dekat saya.

“Sayang, teringin nak pergi masjid dan dengar ceramah sama-sama.”

“Hari ni sepatutnya saya shooting, tapi cancel last minit, kemudian ada tahlil arwah kawan baik wife saya di Masjid, katanya lepas Maghrib, tapi Imam buat lepas Isyak. Sementara itu, kami dengarlah ceramah sama-sama.

Selepas hampir nak 2 tahun doa itu, maka Allah makbulkan pada hari ini iaitu 1 Zulhijjah 1439 walaupun dengan ‘asbab’ yang lain.


Mohon dijemput untuk menunaikan haji sebelum berusia 40 tahun.

“Jadi doa saya hari ni pulak, saya dan isteri dapat dijemput Allah utk tunaikan HAJI sebelum umur kami 40 kalau dipanjangkan umur. Amin, InShaaAllah.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Perancang dan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaNya.

“Allaahu akbar. Allaahu akbar. Allaahu akbar. Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan pengorbanan arwah sebagai Ibu diangkat Allah SWT. Amin Ya Rabb.

Diharapkan doanya untuk menunaikan haji akan tercapai serta pasangan ini akan terus kekal bahagia.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen