“Wanita Ini Sangat Merumitkan…”Fakta Tentang Wanita Yang Rumit Dan Hanya Lelaki Yang Bertuah Dapat Mendampinginya.

Semua wanita di alam semesta ini memang sangat merumitkan. Kadang-kala lelaki yang mahu mendampinginya pun akan berfikir dua kali jika pasangannya membuat perangai. Jadi ketahuilah anda setiap wanita yang rumit itu, pasti ada lelaki yang bertuah sahaja dapat mendampingi mereka.



Jom lihat fakta tentang wanita yang gemar merumitkan keadaan ini…

1. Sentiasa mahukan pujian.

Wanita adalah makhluk yang sentiasa mahukan pujian. Bagi mereka tanpa pujian hidupnya seperti tiada jiwa dan kosong. Bukan sahaja pujian daripada teman lelaki atau suami, baca quote motivation dari sosial media juga sudah dapat membangkitkan hidupnya.

2. Terlalu sensitif.

Mereka juga adalah makhluk yang sensitif kerana hantinya yang lembut. Tetapi jaga-jaga mereka akan menjadi lebih sensitif ketika hampir pada kitaran period. Sama ada seminggu lebih awal, atau seminggu lepas period. Tetapi ramai lelaki mengatakan mood normal wanita hanya seminggu sebulan? Betulkah?



3. Marah jika pasangan tidak ingat tarikh penting, disuruh untuk diingatkan tetapi suruh pasangan ingat sendiri.

Oleh kerana mereka amat sensitif sudah tentu mudah mengingati tarikh-tarikh penting. Wanita yang sedang hangat bercinta juga lebih tajam pemikirannya dan senang ingat segala memori, menurut kajian. Jika pasangannya tidak ingat tarikh penting tersebut, pasti mereka akan merajuk minta dipujuk.

4. Hanya mereka yang betul.

Lelaki akan meminta maaf setiap kali berlaku pergaduhan kerana malas memanjangkan pergaduhan tersebut. Tetapi wanita, walaupun sudah berkali lelaki meminta maaf, rajuknya masih lagi belum reda. Apa yang mereka mahu dengar adalah semua kenyataannya adalah benar.



5. Nak diet tapi suka makan.

Tidak dapat dinafikan wanita memang suka makan disaat gembira, sedih, marah dan terutamanya stress. Apabila mereka sedar telah makan dengan begitu banyak, mereka akan menyesal kerana ia pasti menggemukkan mereka satu hari nanti. Dan setiap hari mahu mengeluh untuk diet, tetapi masih tidak mahu exercise.

6. Suka membuat pelbagai andaian.

Kaum wanita memang tak lari untuk membuat pelbagai andaian terutamanya pada pasangan. Pasangan pulang lewat dari kerja disangka ada skandal. Pasangan tidak angkat call, disangka pergi bertemu perempuan lain. Pasangan mahu pergi jumpa rakan-rakan untuk tournament, mula lah “Haaa..asik pergi situ je, kenapa ada perempuan seksi ke?”.

Jadi, jika ada lelaki yang dapat meleraikan simpulan yang sangat merumitkan ini dan bijak mengawal emosi wanita, jangan lah lepaskan mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen