Ingin Segera Mendapatkan Jodoh? Berhenti Fikirkan Perkara Ini

Oleh: Zuzu Yasmine

Anda rasa sudah tiba untuk mendapatkan jodoh dan bukannya hanya menjalinkan hubungan yang tidak serius? Jika anda sudah mengambil serius akan diri serta masa depan anda, maka anda tidak perlu untuk menoleh ke belakang lagi. Jika anda menoleh ke belakang, anda akan mula ragu-ragu dengan keputusan yang anda telah pilih. Mengapa? Hal ini kerana, kehidupan selepas berkahwin akan menjadi lebih banyak tanggungjawab jika hendak dibandingkan jika anda berstatus bujang. Jika anda sudah bersedia jangan fikirkan akan tiga perkara ini. Mari ketahuinya.



1. Jangan takut dengan pasangan yang salah.

Pasangan yang salah? Hubungan yang tidak menjadi? Semua ini adalah cabaran yang anda perlu lalui dalam mencari jodoh anda yang sebenar. Kehadiran perkara-perkara ini hanya untuk membuat anda lebih bersedia untuk menghadapi satu hubungan yang lebih serius.

Bukan itu sahaja, cabaran dalam mendapatkan seseorang yang betul dalam jodoh anda akan membuat anda menghargai segala kesilapan pasangan yang salah. Jika tidak salah pasti tidak ada yang betul serta tepat bukan. Maka jangan takut jika ini berlaku pada anda, yang penting anda teruskan pencarian anda.

2. Jangan takut untuk mencuba.

Gagal sekali bukan bermakna anda gagal selamanya, tidak kira lah ia mengenai kehidupan mahupun perhubungan. Apabila cinta anda ditolak, jangan takut untuk cuba mendapatkan cinta yang lain.

Jika anda hanya takut akan terluka dan lebih rela untuk mengenangkan cinta yang berlalu ia sama seperti anda sudah berputus asa mencari seseorang yang tepat dalam hidup anda. Anda perlu ingat bahawa kumbang bukan seekor, bunga juga bukan sekuntum. Jadi jangan takut untuk mencuba mencari jodoh anda.


3. Jangan takut untuk berubah.

Hidup tanpa tanggungjawab adalah lebih selesa dan bahagia. Ia adalah salah, kehidupan selepas mendirikan rumah tangga adalah lebih seronok. Mana tidaknya, anda akan mempunyai teman sepanjang hayat anda.

Jadi jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang ini. Cuba untuk buka mata bahawa mempunyai kehidupan yang lebih bahagia.

Jangan fikirkan mengenai perkara seperti ini lagi. Jika anda terus berfikiran seperti ini, ia akan membuatkan anda berasa takut untuk menerima orang baru dalam hidup anda.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen