Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Seorang Yang Baik. Mungkin Si Dia Adalah Jodoh Anda.

Sudah menjadi kebiasaan anak muda zaman sekarang bercinta sebelum berkahwin. Lebih elok jika berkenalan dahulu sebelum berkahwin kerana khuatir akan berlaku perkara yang tak diingini setelah berkahwin.

Jadi, bagaimana untuk mengetahui jika si dia iaitu teman lelaki anda adalah seorang yang baik. Jom kita lihat..



1. Takut untuk dating di tempat yang sunyi.

Semua orang berkeinginan untuk berdua-duaan dengan orang yang mereka sayang. Walaupun hanya berdua si dia sedaya upaya untuk tidak membawa anda dating ke tempat yang sunyi. Si dia lebih rela dating di tempat umum, dan bawa anda ke tempat orang yang lebih ramai. Dia takut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini dan sedaya upaya menjaga maruah anda sebagai wanita. Kerana si dia tahu martabat seorang wanita itu tinggi kedudukannya.

2. Tidak mesej melampaui batas.

Si dia juga berhati-hati ketika whatsapp dengan anda. Si dia akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada menghantar mesej yang bukan-bukan. Maka si dia akan whatsapp perkara yang penting sahaja. Mungkin bagi anda nampak seperti bosan lelaki sebegini, namun dia berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk anda. Jangan lah anda  mensia-siakan usahanya itu.

3. Gambar berdua yang tidak melampaui batas.

Apabila memiliki kekasih, pasti ingin mengambil gambar berdua sebagai kenangan. Memori-memori ini pastilah ingin disimpan di dalam telefon bimbit. Malah jika ingin lebih romantik pastiprint gambar tersebut dan disimpan rapi di dalam album. Klasik bukan? Namun, si dia tidak akan mengambil gambar yang boleh mengundangkan fitnah seperti berpelukan atau berpegang tangan, kerana belum ada ikatan yang sah.



4. Tidak menggelarkan diri sebagai papa atau daddy.

Si dia juga tahu dan sedar siapa dirinya untuk anda. Selagi masih belum ada ikatan sah, tidak perlu dipanggil dengan gelaran yang hanya layak untuk orang yang berkahwin sahaja. Orang sekeliling yang pandang juga turut akan menyampah jika couple yang belum berkahwin bertindak sebegitu rupa. Cukup lah dengan panggilan biasa seperti awak saya, atau sayang sahaja. Tidak lebih dari itu.

5. Tidak terlalu intim.

Bagi wanita pasti lelaki ini tidak romantik seperti lelaki lain. Namun itu adalah prinsipnya selagi belum berkahwin, selagi itu hubungan ini tidak boleh berlebihan. Kadang-kadang nampak seperti mereka melayan anda seperti seorang kawan, namun anda perlu tahu, jika nama anda sering disebutkan pada ahli keluarganya. Anda lah orang yang sedang bertakhta dihatinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen