Jika Anda Lakukan 6 Perkara Ini, Pasti Si Dia Tidak Ragu-Ragu Untuk Jadikan Anda Sebagai Jodohnya.

Apabila kita membuat perkara atau hal-hal yang baik, pasti aura positif itu akan terpancar dari wajah. Dan aura tersebut pasti dapat menarik perhatian seseorang untuk berkenalan dengan anda. Malah jika hati sudah berkenan, pasti seseorang tersebut mahukan anda menjadi teman hidupnya nanti.

Ini kerana apabila anda adalah seorang yang bahagia dan sentiasa positif, automatik orang ramai pasti suka dan menyayangi anda bukan? Jadi, jom lakukan 6 perkara ini untuk menjemput jodoh…

1. Mudah memaafkan.

Jika anda mudah memaafkan semua orang, dan malas untuk berdendam, aura negatif dalam badan pasti akan keluar dan digantikan dengan aura positif. Mudah memaafkan supaya tidak tercalit perasaan dendam. Bukan sahaja tidak menyakitkan hati orang ramai, malah anda juga akan tidak menyakiti hati sendiri.

2. Mudah bersedekah.

Jika anda banyak bersedekah, Insya Allah anda mendekatkan jiwa dan diri anda kepada rasa yang ikhlas. Tidak perlu banyak, nampak sahaja orang yang tidak berkemampuan di mana-mana, hulurkan seringgit pada mereka. Anda pasti tidak dapat membayangkan balasan yang akan anda dapat dari Allah SWT kelak.

3. Bijak gembirakan hati orang lain.

Untuk merasa bahagia, anda mudah dan bijak menggembirakan orang lain. Ini kerana dengan kelakuan sebegini sebenarnya membuat hati anda turut gembira. Anda lebih suka melihat kebahagiaan orang lain untuk peroleh kebahagiaan sendiri.

4. Tidak mengharap apa-apa balasan.

Setiap apa yang anda lakukan terutamanya perkara yang baik, pasti akan mendapat balasan dari manusia atau dari Allah SWT. Namun anda tidak mengharap apa-apa balasan dari orang ramai, kerana hati anda ikhlas untuk menolong. Jika terlalu mengharapkan balasan dari manusia, sebenarnya itu pasti mengecewakan.

5. Sentiasa bersyukur dan menghargai walaupun rezeki yang sedikit.

Rasa bersyukur walaupun rezeki yang anda dapat itu sedikit sudah cukup membahagiakan anda. Anda sangat menghargai apa yang ada didepan mata, dan anda tidak mudah merungut.

6. Hormati hak orang lain.

Hormati hak orang lain bermaksud anda tahu dimana anda sepatutnya berdiri. Anda tahu siapa diri anda. Jadi, menyayangi hak orang lain bukan lah cara dan konsep pendirian hidup anda. Anda tidak akan merampas hak kebahagiaan orang lain kerana bukan dengan cara begitu untuk mengecapi kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen