5 Tanda Si Dia Menyukai Anda Lebih Daripada Seorang Rakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kita pasti mempunyai rakan yang berlainan jantina. Mungkin berkenalan melalui media sosial, di tempat belajar ataupun di tempat kerja. Dirinya selalu anda bersama anda walaupun sebagai seorang rakan. Tidak kerap saling berhubung, tetapi dirinya akan tetap mengingati anda. Kadang-kandang anda keliru untuk membaca sikapnya. Jadi mari ketahui melalui tanda ini.



1. Pendengar yang setia.

Bukan sahaja dia mendengar anda apabila anda bercakap tetapi dia benar-benar memberi perhatian kepada anda dan memahami segala yang anda katakan. Dia benar-benar berusaha untuk menyimpan segala luahan anda mengenai perkara-perkara yang paling ringan yang anda sampaikan kepadanya. Dia tidak hanya membuatnya kelihatan seperti dia mendengar. Dia benar-benar ingin mengenali awak dengan lebih baik.

2. Dia memulakan panggilan telefon dan mesej teks.

Dia memulakan dahulu perbualan. Dia mahu kerap berhubungan dengan anda. Walaupun masing-masing sibuk dengan kehidupan yang tersendiri, tetapi ia tidak pernah lupa untuk menghubungi anda. Jarak bukan menjadi penghalang untuk dirinya tidak menghubungi anda.


3. Berusaha untuk kelihatan lebih baik di hadapan anda.

Anda perhatikan bahawa dia meletakkan sedikit usaha tambahan untuk berpakaian lebih baik apabila dia tahu bahawa kalian akan bertemu antara satu sama lain. Dia sentiasa cuba untuk membiarkan anda melihat segala-galanya apabila anda bersama.

4. Bertindak menghubungi anda dahulu.

Dia bertindak seolah-olah anda adalah miliknya. Dirinya benar-benar mengambil berat tentang kesejahteraan dan keselamatan anda. Dan dia sentiasa mahu melihat anda walaupun anda tidak saling bersama. Menjadi orang pertama apabila anda menghadapi masalah yang anda tidak mampu untuk mengawalnya.

5. Sanggup lakukan apa sahaja demi keselesaan anda.

Dia sangat menyusahkan diri sendiri untuk memudahkan hidup anda. Ini cara dia cuba untuk membuat anda melihat bahawa dia sanggup melakukan perkara yang baik untuk anda walaupun anda tidak perlukannya.

Dirinya tidak akan menjelaskan perasaannya terus kepada anda. Tetapi dirinya cuba membuat anda kelihatan dirinya sangat penting untuk anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen