4 Tanda Si Dia Sedang Berpura-Pura Dalam Hubungan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sikap berpura-pura ini tidak semestinya hanya ada pada persahabatan mahupun perkenalan. Tetapi ia boleh jadi kepada hubungan percintaan yang masih lagi tidak mempunyai tujuan dalam hubungan tersebut. Mungkin dirinya berpura-pura kerana mempunyai sebab yang tersendiri, namun anda tidak berhak untuk dilukakan kerana sebab peribadinya. Berikut adalah tanda si dia berpura-pura dalam hubungan anda.



1. Sentiasa kelihatan baik.

Tidak ada sesiapa yang mampu menjadi baik setiap masa. Terutama jika ia melibatkan satu kesilapan ataupun salah faham. Sudah pasti ia akan menimbulkan sedikit kemarahan. Tetapi dirinya mampu tersenyum dengan baik serta mengabaikan perkara tersebut tanda perlu ada perbalahan atau salah faham.

2. Mereka memberi janji palsu.

Dia kelihatan seperti seseorang yang mampu dijadikan tempat bergantung, ataupun meminta bantuan. Dirinya melahirkan satu kepercayaan dalam diri anda bahawa dia adalah yang terbaik. Tetapi apabila anda berhadapan dengan satu masalah, dirinya hilang dan tidak menunaikan janji tersebut. Malah membiarkan anda untuk menanggungnya bersendirian.

3. Mereka hanya menerima, dan tidak memberi.

Setiap hubungan harus mempunyai usaha dari kedua belah pihak. Jika hanya anda sahaja yang memberi dalam segala hal dan dirinya menerima segala tindakan dari anda tanpa membalasnya dengan tindakan sewajarnya, ia bukan lah satu hubungan yang baik. Dirinya kelihatan jelas tidak mengendahkan anda sebenarnya.


4. Lebih pandai mengkritik.

Segala yang anda lakukan seolah-olah tidak kena pada matanya. Dirinya lebih mudah untuk mengkritik segala perbuatan anda. Sedangkan ia adalah segala usaha anda untuk memikat dirinya. Tetapi dirinya tidak menghargai setiap perkara tersebut.

Jika anda melihat perkara ini dalam diri pasangan anda, cuba untuk minta satu penjelasan darinya. Jika ia tidak mampu untuk lakukan, maka perlu lah anda menjauhkan diri darinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen