Perubahan Seorang Wanita Yang Telah Berkahwin Dan Mempunyai Anak. Sebagai Lelaki Jangan Ambil Mudah Tentang 6 Perkara Ini.

Untuk menjadi seorang suami mithali dan tidak ingkar pada perintah Allah SWT yang telah menurunkan isteri sebagai amanah untuk dijaga, lihatlah perilaku isteri jika berubah. Jika di awal waktu perkenalan dia adalah seorang yang manja, tetapi dah kahwin seperti singa, muhasabah diri dan lihat apakah sikap anda juga telah berubah?



Jadi, jom lihat perubahan sikap wanita yang telah bergelar isteri dan seorang ibu pada anak-anak anda..

1. Sering bising tentang perkara yang remeh.

Perkara kecil boleh menjadi punca seorang wanita untuk  mengamuk dan membebel tidak tentu pasal. Seperti tidak meletakkan kembali gelas yang sudah diguna di dalam sinki, tidak meletakkan baju kotor di dalam bakul yang telah disediakan atau air tumpah pun pasti tidak kena dimatanya.



2. Mudah menangis.

Wanita yang telah berkahwin akan merasa terlalu penat untuk menguruskan urmah tangga. Walaupun mulutnya kata semuanya boleh dilakukan keseorangan, namun jauh disudut hati mereka mahukan pertolongan. Jadi, menangis ketika mandi dan berseorangan di dalam bilik adalah terapi buatnya.

Pernah anda sebagai seorang anak mendengar ketika di dapur “Takpe lah, mak boleh masak sendiri. Kau tak usah tolong, rimas orang ramai di dapur..”

Tetapi apabila berseorangan “Ada anak pun, tak ada sorang yang mahu tolong..”

Kita memang tak tau hati seorang wanita ini, lebih-lebih lagi apabila mereka telah berkahwin.

3. Mudah jatuh sakit.

Mereka akan mudah jatuh sakit eperti kerap demam, sakit badan, sakit kepala, tiba-tiba darah naik. Itu petanda mereka terlalu penat kerana perlu bekerja dari siang hingga ke malam.

4. Lesu dan tidak bermaya.

Oleh kerana penat kerja seharian, wajahnya juga akan menjadi kusam, banyak jerawat timbul dan tidka bermaya. Jika dioleskan dengan solekan juga, wajahnya masih tetap tiada seri.



5. Selera makan semakin bertambah atau tiada selera.

Isteri yang keletihan dan stress akan dapat dikesan melalui cara penjagaan makannya. Sama ada semakin berselera atau pun semakin kurus kerana tiada selera mahu makan.

6. Anak jadi mangsa amarahnya.

Secara mereka tidak sedar pasti tertinggi suara pada anak-anak. Namun jika mereka sedar pasti mereka akan meminta maaf pada anak tersebut kerana memarahinya.

Jadi sebagai lelaki yang telah berkahwin dan bakal berkahwin, apabila melihat isteri berubah 6 perkara ini, peluklah mereka dengan kasih sayang. Ambil alih pula tugas mereka mengemas rumah dan lakukanlah ia bersama-sama. Jangan biarkan mereka keseorangan!



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen