Bagaimana Untuk Memaafkan Sedangkan Ia Sukar Dilakukan, Mari ketahuinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Memaafkan adalah satu hal yang sangat sukar untuk dilakukan. Ia kelihatan mudah tetapi untuk melakukannya, ia sangat sukar. Terutama bagi mereka yang terluka, sudah pasti amat sukar untuk memaafkan si pelakunya. Namun dengan memaafkan seseorang yang penah menyakiti serta melukakan hati anda, ia pasti akan memberi kebahagiaan baru kepada anda. Tetapi bagaimana untuk memaafkan orang tersebut? Mari ketahuinya.



1. Memaafkan sebenarnya bukan untuk mereka yang melakukan salah tetapi lebih kepada kita yang terluka. Api kemarahan mampu menimbulkan satu dendam yang sukar dihapuskan dan dendam itu hanya akan membawa keburukan kepada diri sendiri. Maka anda perlu memaafkan sekiranya ingin menjauhi sifat dendam tersebut.

2. Jangan memaksa diri anda untuk memaafkan. Anda perlukan sedikit waktu untuk memaafkan kesilapan orang lain. Jika anda tidak bersedia untuk memaafkan, tidak mengapa. Memaafkan akan datang dengan sendirinya apabila anda sudah bersedia untuk memberikannya. Tetapi anda perlu tahu, kemarahan akan semakin pudar jadi untuk apa menunggu apabila sudah tiada rasa di hati.


3. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadi buat apa anda terlalu memikirkan setiap kekecewaan dan kesakitan tersebut. Apa kata anda cuba lihat di sebalik hikmah yang akan anda perolehi selepas kejadian tersebut. Ia pasti memberi anda satu pengalaman dan pengajaran yang baru dalam hidup anda.

4. Bukan tanggungjawab anda atas segala kesilapan yang dirinya lakukan. Mengapa anda perlu menghukum diri anda tanpa memaafkan seseorang. Segala kesilapan yang mereka buat adalah tanggungjawab mereka. Dan mereka akan terus bersalah walaupun selepas mereka diampuni.

Memaafkan itu bukan satu hal yang mudah tetapi anda perlu melakukannya demi menenangkan jiwa anda. Sampai bila anda mahu dihantui perasaan sakit dan kecewa. Apabila anda memaafkan seseorang, pasti rasa kurang terbeban di hati anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen