Kenali Kekasih Anda Yang Bertindak Sebagai Sahabat Baik Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Persahabatan itu boleh memberikan keselesaan dan kegembiraan, manakala pasangan pula boleh memberikan kebahagiaan. Itu lah sebab wanita lebih mencari pasangan yang merangkumi sahabat baiknya. Ramai wanita menyatakan selepas berkahwin suaminya adalah sahabat baik yang akan setia dengannya. Maka dengan itu mari kenali kekasih anda yang juga bakal menjadi sahabat baik.



1. Merasa lebih bahagia berbanding dengan rakan-rakan yang lain.

Apabila anda bersama rakan-rakan anda, ia masih belum cukup untuk melengkapi kegembiraan anda. Anda merasakan apabila anda bersama pasangan anda, ia lebih dari sekadar selesa, gembira dan bahagia. Anda tidak hanya tumpukan pasangan anda sehingga melupakan kehidupan bersama rakan-rakan anda, tetapi anda memerlukan dirinya untuk memenuhi anda.

2. Anda mahu dirinya sentiasa bersama anda walaupun ketika sedang bersama rakan-rakan anda.

Kerana dia lebih memahami anda, lebih membuat selesa serta jauhkan anda dari kata-kata yang menyakitkan hati sebab itu anda mahukan dirinya bersama dengan anda walaupun ketika anda bersama rakan-rakan anda. Dan dia juga mudah untuk menerima kehadiran rakan-rakan anda tanpa menilai siapa rakan-rakan anda.

3. Anda dan dirinya mempunyai bahan lawak yang tersendiri.

Anda dan pasangan mempunyai bahan lawak yang tersendiri, di mana hanya kalian sahaja yang dapat memahaminya. Bahan lawak yang kerap kali tidak terjangka langsung akan dilakukan oleh dirinya hingga anda ketawa kuat membuat anda lebih merasa selesa dengannya berbanding rakan-rakan anda.


4. Selalu meminta nasihat dan pendapat darinya.

Apabila anda menghadapi masalah, orang pertama yang selalu meminta nasihat dan pendapat adalah dia. Dia sentiasa gembira untuk membantu anda dan mencari jalan keluar. Walaupun ia boleh mengambil banyak masa dan tenaga, dia akan cuba membantu anda. Anda menghormati semua pendapat, dan terdapat banyak penyelesaian yang anda boleh bergantung pada membuat keputusan.

5. Berkongsi hobi dan cita rasa yang sama.

Anda boleh mengambil seseorang sebagai kawan kerana kesesuaian dan persamaan dengan anda. Apabila anda dan pasangan anda mempunyai banyak persamaan, anda akan merasakan dia adalah teman terbaik anda. Walaupun ternyata bahawa citarasa anda berbeza, anda juga akan senang berkongsi.

Jika anda merasakan lima perkara ini, itu bermakna pasangan anda bukan hanya sekadar pasangan sahaja, malah dirinya adalah sahabat baik yang akan anda perlukan sepanjang hidup anda nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen