Berkahwin Ketika Usia Yang Muda Adalah Salah Satu Cara Untuk Bebas?

Oleh: Zuzu Yasmine

Perkahwinan pada usia yang muda telah menjadi tred untuk anak-anak muda pada masa kini. Seawal umur 16 tahun mereka ini telah berani untuk membuat keputusan yang akan menamatkan zaman remajanya. Perkahwinan ini bukan lah satu perkara yang boleh dibuat main. Ia tidak mudah seolah-olah seperti bermain pondok-pondok. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin ini. Tetapi bagaimana mereka ini boleh mengambil keputusan seberani itu?



Secara umumnya, ramai yang menyatakan bahawa berkahwin pada usia yang muda ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya zina. Adakah perkahwinan ini hanya untuk memuaskan nafsu sahaja? Bagaimana dengan tanggungjawab yang bakal ditanggung selepas berkahwin? Setelah berkahwin, baik lelaki mahupun wanita akan mempunyai satu tanggungjawab yang tersendiri. Adakah segala tanggungjawab dalam rumah tangga akan dibantu oleh ibu bapa kedua belah pihak?

Selain itu juga, ada yang menyatakan bahawa berkahwin pada usia yang muda ini adalah salah satu cara untuk mereka bebas dari ibu bapa mereka. Ibu bapa selalu inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka, sebab itu mereka ini akan menghalang beberapa perkara untuk kebaikan anak mereka. Jika anda berkahwin muda untuk bebas dari ibu bapa anda, maka anak anda juga nanti akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Jadi hati-hati pada niat anda.


Di samping itu juga, berkahwin pada usia yang muda ini juga dapat menghalalkan hubungan. Di mana mereka ini boleh bergerak bebas dengan satu ikatan yang sah. Jadi ibu bapa mereka ini tidak perlu risau sekiranya anak-anak dara mereka ini pulang malam dan keluar bersama teman lelaki mereka. Hal ini kerana, mereka sudah menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pasangan anak mereka untuk menjaga dan menegurnya.

Tapi sebenarnya, mereka yang berkahwin pada usia muda ini adalah kerana jodoh mereka telah tiba dengan awal. Mungkin dari pandangan mata ia kelihatan terlalu muda untuk memikul tanggung jawab sedangan Allah SWT lebih tahu yang terbaik untuk setiap hambanya. Sebab itu lah mereka yang memilih untuk berkahwin pada usia yang muda ini cukup berani untuk membuat keputusan untuk berkahwin.


Semuanya bergantung pada niat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga pada usia muda ini. Jika mereka niat mereka ingin bebas dari ibu bapa, ingin menjauhkan diri dari zina atau niat kerana Allah SWT, semua tidak diketahui oleh kita. Cuma yang perlu kita tahu jodoh dirinya datang terlebih dahulu berbanding mereka yang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen