Lelaki Gentleman Tidak Takut Untuk Kendalikan 10 Perkara Ini Pada Kekasihnya. Adakah Pasangan Anda Seperti Ini?

Wanita mana yang tidak akan cair pada perilaku lelaki yang baik dan gentleman, bukan? Jika teman lelaki adalah golongan yang tidak takut untuk kendalikan 10 perkara ini, jangan lah lepaskan mereka. Dan jika suami anda yang berkelakuan begini, jagalah mereka sebaik mungkin.



Jom lihat 10 perkara tersebut…

1. Air mata.

Lelaki ini tidak takut malah tidak gentar dengan air mata anda. Kerana ada sebahagian lelaki tidak tahu apakah yang mereka patut lakukan sekiranya melihat wanita menangis? Jika lelaki ini tidak lari tetapi duduk disisi anda sebaliknya, sudah tentu si dia adalah seorang lelaki yang boleh menerima emosi anda seadanya.  

2. Pertelingkahan.

Kebiasaannya lelaki sedaya upaya untuk keluar daripada pertelingkahan dan akan menyuruh pasangannya untuk fikirkan solusi. Tetapi lelaki ini tidak akan berkelakuan sebegini. Daripada awal perkenalan sehingga hubungan telah lama terjalin, si dia setia untuk sama-sama menyelesaikan masalah.

3. High Maintenance.

Lelaki ini tidak lari sekiranya melihat pasangannya berbelanja boros. Malah mereka sedaya upaya untuk menasihati tentang perbelanjaan supaya lebih berjimat. Mereka hormati kehendak anda, tetapi dalam pada masa yang sama tidak mahu melihat anda hanyut dengan perbelanjaan yang berlebihan.



4. Whatsapp.

Lelaki ini juga tahu wanita akan menjadi terlebih manja dengan pasangannya sendiri. Perkara itu normal bagi mereka, malah mereka tidak kisah jika kekasihnya whatsapp setiap masa.

5. Andaian negatif.

Wanita memang tidak dapat berpisah dengan andaian negatif mereka terhadap pasangan. Lelaki ini seolah-olah memahami dengan sikap wanita sebegini. Malah lelaki ini merasakan diri mereka dihargai dengan cara sebegini.

6. Perkahwinan.

Lelaki ini tidak terkejut sekiranya sering diajukan tentang perkahwinan. Kerana si dia sudah pasti gembira dan bersedia untuk bercerita tentang perkahwinan. Sudah tentu teman lelaki anda serius mahu berkahwin, bukan?



7. Komitmen.

Lelaki yang gentleman tidak kisah untuk menceritakan segala komitmennya, sama ada tentang kewangan dan keluarga.

8. Keluarga.

Lelaki ini juga pandai untuk kendalikan diri nya berurusan dengan keluarga anda, malah dengan keluarganya juga apabila ada anda disisi.

9. Kerjaya.

Kerjaya anda adalah impian anda. Jadi si dia sedaya upaya memberi sokongan apa yang anda impikan selama ini.

10. Rupa paras.

Lelaki ini tidak kisah rupa paras anda. Si dia tidak akan lari apabila melihat wajah selekeh anda. Namun untuk menjadi wanita yang baik untuk lelaki yang baik, pasti tidak kisah untuk oleskan sedikit mekap bukan?



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen