5 Tanda Lelaki Berputus Asa Terhadap Hubungan Yang Dibina.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang dibina perlukan kekuatan daripada kedua belah pihak, baik untuk lelaki mahupun wanita. Jika salah seorang berputus asa terhadap hubungan yang dibina, ia akan mengakibatkan hubungan tersebut terjejas. Wanita biasanya akan lebih gigih memperbaiki hubungan serta mengalah dalam setiap hal. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki? Mari ketahui tanda-tanda seorang lelaki yang berputus asa terhadap hubungan dirinya yang jalinkan.



1. Menjadi emosi terhadap anda.

Perkara yang anda boleh lihat adalah dirinya lebih mudah beremosi ketika berhadapan dengan anda. Ia seolah-olah ada sahaja perkara yang tidak kena sepanjang pertemuan itu. Dirinya mudah marah atas perkara-perkara yang kecil. Dan anda boleh lihat perbezaan dirinya yang dahulu dan sekarang, itu jika anda terliti terhadap kelakuan dirinya. Dirinya pada ketika ini begitu sensitif terhadap perkara-perkara yang melibatkan anda.

2. Sengaja menyakiti hati anda.

Selain itu juga, dirinya berusaha untuk menyakiti anda. besar kemungkinan mereka akan melakukan seperti beberapa berikut, menyindir anda, memberi kata-kata kesat kepada anda, ataupun memperlekehkan diri anda. Dia melakukan semua ini dengan sengaja agar anda rasa sakit hati dan mula berjauh hati terhadap dirinya serta hubungan kalian.

3. Minta lebih banyak ruang untuk bersendiri.

Apabila dirinya mula berhenti meletakkan pengharapan kepada anda, dia juga lebih banyak meminta ruang untuk dirinya sendiri. Jika dahulu ruang untuk dirinya agak sedikit jika hendak dibandingkan ketika ini. Bahkan dia juga hanya meluangkan masa yang sedikit untuk anda. Pelbagai alasan yang dibina untuk menjauhkan diri daripada anda. Anda perlu sedar apa yang dirinya sedang lakukan ini, jika sayang lakukan sesuatu dengan segera.


4. Berhenti memberitahu yang dirinya menyukai anda.

Jika dahulu dirinya kerap mengucapakan selamat malam, selamat pagi, I love you, atau apa-apa sahaja yang menunjukkan bahawa dirinya mencintai anda, tetapi kini tidak lagi. Dia berhenti melakukan itu dan hanya melakukan perkara tersebut apabila anda memintanya tetapi nadanya cukup berlainan dengan dahulu. Anda seharusnya menyedari akan perubahan nada suara ini jika anda menyayangi dirinya.

5. Berhenti berusaha terhadap hubungan tersebut.

Mereka juga akan mula berhenti berusaha untuk memikat hati anda serta memperjuangkan hubungan anda. Dalam setiap pergaduhan anda boleh lihat dirinya hanya membiarkan sahaja tanpa mempertahankan perkara tersebut. Bahkan dirinya juga banyak mendiamkan diri serta mengabaikan anda.

Orang lelaki ini apabila sudah berusaha untuk menjaga satu perhubungan dan dia mendapati pasangannya tidak menghargai apa yang dia lakukan, mereka akan memilih untuk mengundurkan diri. Mereka juga akan membiarkan anda bahagia dengan seseorang yang anda sukai.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen