Lelaki Yang Serius Dalam Hubungan, Tiada Masa Untuk Kelirukan Teman Wanitanya.

Wanita memang mudah membuat andaian, terutamanya andaian yang negatif terhadap pasangannya apabila bercinta. Wanita juga mudah tertanya-tanya apakah serius teman lelakinya untuk mengahwini mereka? Ini kerana pandangan masyarakat yang telah mempengaruhi minda mereka.

KENAPA PENTINGNYA PANDANGAN MASYARAKAT, JIKA ANDA BENAR-BENAR SUDAH TAHU SI DIA ISI HATINYA BUKAN?

Jom ketahui jika teman lelaki anda serius atau masih mahu hubungan yang main-main…

1. Lelaki ini sangat berterus-terang apa yang mereka mahu.

Lelaki yang serius dalam hubungan akan menjadi seorang yang sangat telus dengan perasaannya sendiri. Jika benar dia suka pada seorang wanita, pasti akan dilakukan pelbagai cara untuk mendapatkan wanita tersebut. Jika mereka tidak serius, mereka tidak akan berterus-terang sama ada mereka mahu bermain-main atau tidak serius. Melalui perbuatannya sahaja, anda sudah mengetahui si dia tidak serius.



2. Lelaki ini akan tentukan tarikh dating secara awal.

Lelaki yang serius jarang untuk berjumpa last minit kerana tidak mahu merosakkan rancangan anda atau dirinya sendiri. Setiap perjumpaan anda dengan si dia perlu lah ada perancangan, terutama jika mahu berjumpa dengan kedua ibu bapa atau majlis-majlis penting.

Jika mereka hanya “Hmmm….awak free tak esok? Kalau tak free takpe lah, siapa lah saya..” Lelaki seperti ini kelihatan seperti main-main sahaja pada pandangan mata wanita.

3. Lelaki ini lebih suka bertentang mata dan bersua apabila ingin menyelesaikan masalah.

Lelaki yang serius, jika ada sahaja isu atau masalah yang ingin diselesaikan pastinya dengan bersua muka dengan kekasihnya. Lelaki ini tidak akan sesekali melibatkan pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah antara dirinya dengan teman wanita.

4. Lelaki ini tiada masa untuk berteka-teki tentang perasaannya.

Yang pasti dan jelas, lelaki yang serius ini akan lebih gemar berterus-terang dan tidak suka berteka-teki tentang perasaannya. Mereka tidak mahu anda atau dirinya membuang masa dengan perasaan yang main tarik tali.

5. Lelaki ini sudah jelaskan pada umum tentang status hubungan kalian berdua.

Oleh kerana si dia yang tidak suka berteka-teki, sudah pasti tiada apa lagi yang si dia mahu sorokkan pada orang ramai. Si dia juga tidak ragu-ragu jika orang ramai tertanya-tanya siapakah diri anda pada si dia. Sudah tentu miliknya seorang, bukan?



6. Lelaki ini sentiasa sahaja ada idea untuk memikat hati anda.

Anda dengan si dia sudah lama menjalinkan hubungan. Tetapi kelakuan si dia pada anda ibarat seperti baru sahaja berkenalan pada hari semalam. Padahal….ini kerana si dia yang sentiasa dan tidak putus-putus memikat hati anda, kerana dalam hatinya hanya ada anda seorang sahaja. Bertuahnya!

7. Lelaki ini sentiasa berjaya membuat anda terhibur.

Dikala anda tertekan dimana sahaja anda berada, pasti si dia akan sentiasa berada di sisi walaupun hanya di whatsapp. Lelaki ini tidak lupa cara-cara untuk membuat anda ketawa dan ceria sehingga dapat melupakan bahawa anda sebenarnya sedang melalui hari yang teruk atau ‘bad day’.

8. Lelaki ini tidak akan membuatkan anda bertepuk sebelah tangan.

Dan yang paling utama adalah, apabila membicarakan tentang hal perkahwinan, si dia juga teruja berbual mengenainya. Si dia tidak akan membiarkan anda seorang sahaja yang beriya-iya bercerita mengenai perkahwinan, seperti bertepuk sebelah tangan pula.

Jika teman lelaki anda seperti di atas, pasti si dia mahukan hubungan yang serius. Tunggu sahaja si dia menghantar rombongan meminang ya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen