"Mahukan Rumah Tangga Yang Bahagia? Hidupkan Suasana Dengan Amalan Agama..." Kongsi Lelaki Ini.

HIDUPKAN SUASANA AGAMA DI DALAM RUMAH.

Malam ini tiada kuliah di masjid. Selepas solat maghrib balik rumah sekejap. Bagi masa untuk baca hadith nabi s.a.w bersama anak dan isteri. baca beberapa hadith. Cerita kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Cerita sifat-sifat sahabat Nabi SAW.



Hati akan tenang bila dengar perkataan Nabi SAW. Hubungan yang 'kacau' pun akan jadi bahagia jika ajak anak isteri dengar perkataan Nabi SAW. Kata orang alim, rumah kita akan bercahaya kepada penghuni di langit seperti mana kita melihat bintang-bintang dilangit. Para malaikat akan berpusu-pusu masuk ke dalam rumah kita.

Setiap hari dengar hadith hati akan jadi tenang, nak marah isteri puan bertukar jadi sayang, isteri nak bebel pun bertukar jadi sayang, suami isteri berjauhan pun akan sentiasa saling rindu merindui. Nak curang pun fikir banyak kali. tidak pernah puas lihat wajah pasangan.

Suami atau isteri adalah MILIK Allah SWT, bukan milik kekal kita. Satu masa nanti kita terpaksa berpisah walaupun kita janji sehidup semati.

Dunia adalah tempat persinggahan yang sementara untuk kita 'kumpul amal' sebanyak mungkin. Tempat kita hidup berpasangan untuk dapat redha Allah SWT . Jika Allah redha, syurga lah tempat yang selayaknya untuk kita.

Kita janji sehidup semati, tetapi kita lupa untuk berjanji agar dibangkitkan di akhirat sama-sama dan masuk syurga Allah . Jika didunia kita gagal untuk taat perintah Allah dan Rasul, bagaimana untuk kita selamat diakhirat. Sanggupkah kita melihat pasangan kita dihumban ke dalam api neraka?. Sanggup kah kita melihat anak-anak kita dihumban ke dalam api neraka? Semua orang tidak sanggup.



Jika tidak sanggup saat inilah kita perlu berubah, jika tidak tutup aurat, tutuplah aurat dengan sempurna, jika tidak solat, solatlah dengan sempurna,jika tidak puasa,puasalah, solatlah awal waktu, jika selalu tinggikan suara depan suami, saat inilah perlu rendahkan suara depan suami, jika selalu pukul isteri, pukul anak, maki hamun, saat inilah perlu berubah kepada sayang mereka kepada ucapan yang baik.

Hari-hari perlu cakap:

sayang sayang abang, abang sayang sayang, abi umi sayang muhammad, sayang adik, sayang kakak, sayang semua. Jika dalam hati kita ada sayang, insyaallah hidup kita akan tenang, akan sentiasa bersangka baik kepada orang.

Bahagia apabila hidupnya amal agama di dalam rumah, hidupnya kasih sayang kerana Allah.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen