10 Perkara Yang Dianggap Remeh Oleh Lelaki Tetapi Tidak Pada Wanita. Jika Anda Lakukan 10 Perkara Ini, Pasti Pasangan Rasa Terharu.

Wanita mahukan perhatian dalam apa jua bentuk dan situasi. Tidak kira perkara yang remeh atau besar, jika sentiasa diberi perhatian sudah tentu wanita akan rasa dihargai. Siapa sahaja tidak mahu rasa dihargai bukan?



Jom ketahui antara perkara remeh yang lelaki malas nak ambil tahu, tetapi sebenarnya jika anda lakukan perkara ini akan membuatkan pasangan anda terharu dan lebih menyayangi…

1. Lelaki yang memakai minyak wangi.

Lelaki pun perlu tahu, wanita suka pada lelaki yang mempunyai bau badan yang menyenangkan. Jadi ambil berat tentang bau badan anda. Letakkan sedikit minyak wangi, pasti tidak cari lelaki lain. Eh?

2. Memegang tangan mereka ketika memandu.

Kadang-kala pasangan yang telah berkahwin terlupa untuk melakukan adegan romantik ini. Nampak seperti remeh, tetapi jika ia dilakukan dengan spontan, pipi isteri boleh menjadi merah kemerahan.



3. Isikan petrol minyak.

Kaum wanita juga amat terharu jika teman lelaki atau suaminya tidak lupa untuk mengisikan minyak petrol di kereta mereka.

4. Periksakan keretanya.

Selain itu, mereka juga amat senang jika pasangannya tahu untuk memeriksa kereta sebelum pergi ke mana-mana. Ini menandakan pasangannya sentiasa mahu dirinya dalam keadaan yang selamat.

5. Sentiasa bertanyakan harinya di pejabat.

Wanita juga amat rasa dihargai apabila pasangan mereka sering bertanyakan bagaimana si dia menempuh hari-hari di pejabat. “Macam mana kat ofis hari ni? Okay?..” tanya sahaja soalan begini, pasti sampai esok pun tidak habis ceritanya.

6. Ingat tarikh hari jadi kedua ibu bapanya.

Bukan sahaja ingat tarikh hari jadi mereka, jika pasangan mengingati tarikh hari jadi ibu bapa mereka juga sudah membuatkan mereka rasa diutamakan dalam hubungan. Ini menandakan anda tidak main-main dalam bercinta pada pasangan yang lagi berkahwin.



7. Membawa mereka keluar bertemu dengan rakan-rakan anda.

Ada juga wanita yang mempunyai keinginan untuk keluar bertemu dengan rakan-rakan pasangannya. Mereka juga mahu berkenalan dengan rakan-rakan supaya mudah jika berlaku perkara yang tidak diingini.

8. Belajar memasak makanan kegemaran mereka.

Apabila seorang wanita mengetahui pasangannya berusaha untuk memasakkan makanan kegemaran mereka, sudah tentu mereka berasa gembira dan bahagia.

9. Membelikan mereka makanan.

“Sayang, abang ada beli pizza ni…” Semua isteri pasti gembira apabila mendengar kata-kata sebegini.

10. “Saya sayang awak tau…”

Kata-kata sebegini menunjukkan bahawa anda sememangnya sentiasa mengingati mereka. Anda seperti mahu sentiasa mengingatkan mereka bahawa dalam hati anda tiada orang lain, selain dirinya.



 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen